Esok Nak Pergi Kursus di INTAN Sebab Nak Cukupkan Kuota 7 Hari

-google-


Sebagai Penjawat Awam adalah menjadi kewajipan bahawa setiap pegawai dan kakitangan perlu melengkapkan kuota 7 hari berkursus setahun ok...So, korang yang kerja Gomen ni dah cukup ke belum??? Nanti tak pasal2 lak Audit datang check tak cukup kuota dah kena menjawab lak dengan Audit...Since, akupun baru lepas 4 hari maka aku perlu cukupkanlah lagi 3 hari tu untuk menjadikan jumlah kursus setahun 7 hari...Ni yang nak bagitau, aku perlu menghadiri Bengkel Kewangan Untuk Penyelia selama 3 hari mulai esok hingga Khamis...Memandangkan bulan puasa dah nak dekat, baiklah aku pegi awal2...Lepas ni dah takyah nak pk pasal kursus...So, tak dapat le buka blog pagi2 & baca en3 korang...Oh pasti aku akan merindui blogger semua...Ngeh3x...Tapi takpe aku akan pastikan aku akan membaca en3 korang di malam hari ye...Nampaknya kena la update kat umah je ni...Kalau ikutkan hati malas gak nak gi kursus tapikan aku malas nak kursus luar dari Lembah Kelang kerana beberapa faktor yang tidak mengizinkan...Maka dengan itu, aku perlu pergi kursus yang sekitar Lembah Kelang je dan INTAN, Bukit Kiara adalah yang paling dekat dengan rumah...Senang la sikit nak ulang alik...Seb baiklah dekat je kan kalau jauh di hujung dunia..Oh tidak, tak kuasa la mak!!! Oklah BLOGGER semua..."HAPPY BLOGGING" dan Selamat Berkursus untuk diri sendiri..Ceh tetiba lak bagi semangat kat diri sendiri...


INTAN, Bukit Kiara (google)

Comments

Amizah Rahim said…
Selamat bekursus...
Miza pun x cukup lagi ni... huhuhu...

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah