Dah pun 2020 korang

Wah seriuslah dah masuk 2020 kot...
Iyer sampai sekarang bila aku pikir2 balik cam tak percaya dah masuk 2020. Tahun ni dah masuk 38 tahun weii!!! Lagi ler aku tak percaya.


Alhamdulillah..Syukur dengan nikmat Allah kerana masih diberi nafas dan peluang untuk hidup di muka bumi ini. Diberi peluang untuk terus beribadat kumpul pahala bekalan akhirat. Allahu ingatan untuk diri sendiri dan korang juga. Sebab mati itu pasti tapi bagaimana cara kita mati dan apakah kesudahan kehidupan kita masih belum diketahui.

Jom kita "throwback" sikit masa zaman kanak2. Iyer ler WAWASAN 2020 diumumkan kalau tak silap aku masa awal 90-an. Masa tu umur aku dalam 9-10 tahun lah. Semangat nak terus hidup sampai tahun 2020 berkobar-kobar weiii sampaikan terpikir juga, EH SEMPAT ke aku??? Masa tu duk pikir dan siap buat kira2 lagi umur berapa, agak2 dah kahwin ke belum, kalau dah kahwin berapa orang anak...ha..ha..ha... Giler serius masa ni dah pikir masa depan. Tapi "the best part" masa ni setiap kali subjek Seni ke, Pertandingan Melukis ke, buat karangan ke, Cikgu2 mesti bagi tajuk yang ada kaitan dengan 2020. Kalau subjek seni, cikgu suruh lukis bayangkan pemandangan ketika anda berada di tahun 2020, bina monorel dengan manilakad lah...Kalau karangan paling aku suka sebab imaginasi ko memang kena tinggi...Masa ni memang macam2 cerita rekaanlah akan keluar dan adalah juga yang menjadi realiti contohnya bangunan pencakar langit, sistem kenderaan awam yang lebih maju, komputer, kebanyakan servis secara maya...Ha tu dia imaginasi aku...Yang belum tercapai kereta terbang je..he..he..he... 

Korang pun yang baya2 aku mesti pernah lalui benda ni kan???
Apapun aku sangat berharap dan berdoa semoga tahun 2020 ni memberi kehidupan yang lebih positif kepada diri aku sekeluarga. Dipermudahkan segala urusan kami dan dijauhkan dari segala kejahatan.


Okey sis gerak dulu korang. Ehhh jangan lupa follow sis kat IG ye @iam_maria82 atau @the.amourvanitymirror.



sumber:google

Comments

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah