Banyak Sangat Yang Haram...

Berita ini diambil dari email yang aku terima dari rakan sekerja..Jadi adalah menjadi tanggungjawab aku juga sebagai umat Islam untuk berkongsi bersama-sama dengan semua muslimin & muslimat...Sekarang ni banyak sangat benda2 yang haram kita makan...Jadi, berhati-hatilah semua dan ambil berat dengan apa yang kita makan...Wallahhua'lam...



Binatang ni memang betul2 menyusahkan semua orang tapikan ada hikmah Allah menciptanya


Kopi campur gelatin babi (google)


PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkanpenemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalambahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.


Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan. Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedaikek berkenaan."Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan HalalMalaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd.dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf."Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu.


Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret diKluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu. Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion)t ersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.




Tiga Pengarah yang didakwa..

Comments

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah