Posts

Showing posts from February, 2013

Perangkap Syaitan

Image
Hati-hati dengan perangkap syaitan...

Didikan kepada anak2

Image
Sekali lagi saya ingin kongsikan bersama sahabat blogger ilmu yang saya perolehi dari Dr Amirul Amin...Moga boleh jadikan panduan kita bersama...Sebagai panduan untuk saya juga

Tanda-tanda ada gangguan jin di dalam rumah

Image
Kali ni nak share sedikit maklumat yang saya dapat dari FB Dr Amirul Amin.. TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH SEBARKAN untuk KEBAIKAN bersama ♥ Masakan selalu dan cepat basi ( rosak ) Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah. CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama ) ... Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :- 1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut : 1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali. "Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah kami. Aku sumpah kamu

CUTI TAHUN BARU CINA- PART 3

Image
Sambung lagi part3...Malas nak berciter lagi..Jom layan gambar je ler Ayah yang sedang melayan adik baru bangun tidur Siap sedia kita main layang-layang Adik memerhati je apa yang ayang tengah buat Angin laut One, two, smile... Kakak in action Laut yang bergelora Kami yang pergi... Main layang2 tepi laut Mereka yang sedang berseronok Sup Gear Box Terbaik Wif my luvly Hubby Seronok betul mereka.. Ok sehingga bertemu kembali..

Selamat Hari Lahir Marsya Ilmi

Image
Hari ini tanggal 15hb Februari 2013 genap sudah usia Marsya Ilmi Zairul 7 tahun...Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini...Syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan kakak kesihatan yang baik... Semoga kehidupan kakak sentiasa diberkati dan perjalanan hidup kakak sentiasa membahagiakan..Biar apa jua yang kakak lakukan semuanya adalah yang terbaik untuk masa depan kakak..Sesungguhnya mama dan ayah amat menyayangi kakak..

Cuti Tahun Baru Cina-PART 2

Image
Setelah masing-masing kekenyangan makan tengahari kami meneruskan perjalanan hingga masuk Ke JABOR...Samapi di sini jam sudah hampir ke pukul 3...Memadangkan telah melebihi masa check in iaitu pukul 2.00 petang, sekali lagi aku menghubungi pihak hotel memaklumkan kelewatan check-in...Lupe nak bagitau, hari pertama aku booking hotel Permai Inn di Kuala Terengganu sebanyak 2 bilik... Perjalanan kali ini benar-benar menguji keadaan..mana taknye kereta banyak tp pergerakan aduh..Tuhan aje yang tahu hinggakan kereta aku telah disondol dari belakang...Ya Allah, percutian kali ini benar-benar menguji diri..Bayangkanlah dari mula perjalanan, satu persatu kami diuji...Mujurlah pemandu belakang mengakui kesilapannya dan membayar RM400 sebagai penyelesaiannya... Akhirnya, kami tiba di Marang, Kuala Terengganu ketika waktu hampir mahgrib...Oh sebenarnya, Marang adalah kampung biras aku iaitu isteri kepada abang iparku...Kami singgah dahulu rumah birasku untuk solat maghrib, makan dan hantar merek

Cuti Tahun Baru Cina- PART 1

Image
Cuti yang dirancang disaat akhir sebab lama rasanye tak ke Terengganu...Kali terakhir 3 tahun yang lalu waktu tu adik baru berusia beberapa bulan...Kali ini percutian bersama bonda mertua, kakak ipar dan abang ipar..Walaupun pada mulanya kakak iparku tak merancang untuk turut serta tapi bila bonda mertua menyuarakan hasrat hati untuk ke Pulau Kapas, terus berubah fikirannya. Hari yang dinantikan tanggal 9hb Februari 2012 jam 4.30 pagi, kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dengan berkonvoi 3 biji kereta..Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar dan tiada sebarang kesesakan berlaku sehingglah kami berhenti di Hentian Maran...Kami (kereta aku dan kakak ipar) telah meninggalkan kereta abang iparku di belakang kerana kami menyangkakan kereta dia telah meninggalkan kami di hadapan..So, apalagi kami terus pecut...Dalam pada itu, kereta aku "dihuni" oleh Hubby (pemandu), aku sendiri, bonda mertua, adik ipar dan kedua-dua puteriku..Bonda mertua dah mula bersuara dan bising keran

Apakan daya...

Image
Bunyi tajuk cam sedih tapi takde le sedih sangat...Cuma kekadang perasaan tu tak dapat nak diluahkan...Cuma dengan kata2 di blog sahaja...Entahle semakin hari jiwa semakin memberontak tapi apakan daya...Alam kerjaya bagaikan sesuatu yang menyakitkan rasanya...Ya Allah perkuatkan diri aku...Dah tak tertanggung rasanya dengan bebanan mental dan psikologi rasanya...Kenapalah adanya manusia sebegini...Yang busuk hati dan penuh dengan hasad dengki...Buat ini salah, buat itu salah..serba serbi salah dibuatnya...Hei tak sedarkah engkau, kau ni manusia biasa..Kau pun sama seperti aku..tak lari dari kesilapan..Mana ada manusia yang sempurna..Adakah kau anggap diri kau umpama Tuhan??? Ya Allah, tunjukkanlah manusia ini ke jalan yang benar...Jangan hanya suka menunding jari..mencari dan mengira satu persatu kesilapan orang lain..Seolah-olah kau sahaja yang betul...Cerminlah diri tu...Sedarkanlah diri kau tu..Bangkit dan bangunlah dari cerita-cerita yang mengkhayal dan melekakan ini... Kan bagus k

Hampir Sebulan

Alhamdulillah...hampir sebulan kakak telah menjejakkan kakinya ke alam persekolahan...Setakat ini semuanya berjalan lancar tapi kekadang tu bila masa buat perangai pun ada gaks terutamanya bila bangun pagi..ada saja yang tak kena..tudung la, baju la, kasut la dan macam2 karenah lagi...sebagai ibu, BERSABAR saja la dengan karenah anak ni walaupun kekadang tu hilang sabar juga dibuatnya Tiap2 pagi aku yang akan hantar kakak ke sekolah naik kereta..Waktu keluar jam 7.00 pagi dan mengambil masa 15 minit walaupun perjalanan tak jauh mana pun tapi disebabkan "jammed" melampau tu yang sampai 15 minit...Balik sekolah kakak akan naik van untuk pulang ke rumah nenek...Kakak memang seronok sebab dapat naik van.. Tiap2 hari kena tanye kakak kerja sekolah yang cikgu bagi..Oh lupa nak bagitau, kakak diletakkan di dalam kelas 1 Berlian dan nama cikgu kakak Cikgu Hawa..Muka Cikgu Hawa sangat manis, ada tahi lalat di pipi dan sentiasa tersenyum..Suka juga aku tengok Cikgu Hawa ni..he..he..he