Posts

Showing posts from November, 2011

Bahaya produk HERBALIFE...Fakta atau Auta??? Anda Nilai sendiri

Image
(google) Betul ker HERBALIFE ni tak elok sebenarnya...Ada mana2 blogger yang menggunakan produk HERBALIFE...Tapi apakata aku share dengan korang info pasal HERBALIFE ni yg aku dapat dari satu blog ni berkaitan fakta HERBALIFE.. klik sini Aku dah lama gaks dengar pasal produk ni...Sekarang ni memang ramai pengguna produk HERBALIFE ni terutamanya berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan badan...Bila aku baca blog ni memang salute abislah sebab berani mengeluarkan kenyataan dan fakta2 yang berkaitan dengan produk2 kesihatan dan kecantikan badan ni...Kalau blog ni menipu, kenapa sampai sekarang blog ni tak pernah kena saman oleh pihak2 terlibat...Cuba korang pikir2kan ye... Well, let us check it out all the facts and the truth behind all those products by visiting this blog http://aididmuaddib.blogspot.com/ sebab blog ni bukan hanya mengeluarkan fakta berkaitan HERBALIFE sahaja bahkan produk2 lain...

Frust Tau Bila Malaysia Kalah Dengan Bahrain

Image
(google) Isu hari ini yang nak diketengahkan betapa hancus dan kecewanya peminat bola sepak Malaysia apabila Malaysia kalah di saat-saat akhir di tangan Bahrain..Bukan nak kutuk, nak kata mahu sekali menghina tapi aku sangat frust...Dan aku rasa bukan aku sorang saja yang merasainya tetapi semua yang menyaksikan perlawanan bola sepak terutama mereka yang pegi stadium rasa apa yang aku rasa... Tak tahulah di mana salah dan silapnya...Namun yang pasti kekalahan itu sudah pasti...Dan di antara faktor2 lain yang menjadi punca kekalahan kita ialah "over confident" dan sikap sambil lewa...Apakan daya, kemenangan itu bukan hak milik kita...Walaubagaimanapun, aku tetap terus menyokong pasukan Harimau Malaya tapi mereka harus sedar dan mnegambil iktibar atas apa yang berlaku kerana mereka bukannya bermain dengan pasukan nombor tercorot dunia tapi antara pasukan terbaik Asia juga... To all Malaysian, keep support our team...To Malaysian Team "please learn from ur mistake"...

Ramalan Mimpi...Adakah semuanya benar belaka???

Image
(google) Korang percaya tak pada mimpi??? Tak kisahle apa2 mimpi...Aku tau mimpi ni ada banyak kategori antaranya mimpi indah, mimpi seram, mimpi sedih dan pelbagai jenis mimpi yang aku pun tak tau nak kategorikan camne...Semua orang kalau boleh mesti nak mimpi indah tu jadi kenyataan...Of course beb!! Contohnya mimpi jadi jutawan...Kalaulah jadi kenyataan dalam sekelip mata, alangkah indah dan bahagianya...Tak gitu??? Apakata korang jejak blog Uncleseekers ni berkaitan dengan ramalan mimpi... Klik sini yek kalau nak find out pasal mimpi yang Uncleseekers alami...Tapikan blog Uncle ni bukannya mentafsir mimpi orang tapi dia mimpi perkara2 yang bakal terjadi...Wallahua'lam sama ada untuk percaya atau tidak... Aku sendiri pun kekadang tu tak percaya pun dengan mimpi2 yang aku alami...kekadang tu mungkin badan terlalu penat, otak pun duk asyik pikir macam2 hal...Mana tak mimpinya...Semua kategori mimpi aku dah rasa dan sesetengahnya cam jadi realiti ajer tapi entahle...Kebetulan aje k

Camne Nak Jadi Blogger Femes???

Image
Wah en3 aku tetiba laks nak jadi blogger femes...Kalau aku dapat peluang cenggini mesti ler nak tapi femes ker aku??? Ngalahkan artis tau...Sekarang ni bukan artis je femes tapi blogger pun ramai yg dah jadi femes...Femes yg camne??? Takde le sampai se"busy" kehidupan artis tu...Cukuplah sekadar orang tau oh itulah blogger yang namanye sekian, sekian tapikan best ker jadi blogger femes ni??? Camne laks privacy life diorg yek??? Andai diberi pilihan pun takpe le rasanya biar ajer le aku sebegini dan jadi diri aku sendiri kerana aku tetap aku...Kalau tetiba dah ter"femes" tu lain ler citernya...Agak2nya camne ler blogger yang femes ni dapat jadi femes??? Kena ker jadi cam retiss untuk jadi femes??? Tak yah ler kot...Dah namanya blogger, kerjanya menaip, menaip dan terus menaip...So, pada sahabat blogger di luar sana, ada tips tak untuk jadi korang jadi femes ni???

Piring Astro Tak Mengadap Kiblat Sebenarnya???

Image
(google) Salam Rabu semua sahabat blogger...Well, marilah aku nak share pasal isu piring Astro yang kita duk gembar-gemburkan hari tu mengadap kiblat...Aku nak share sikit dari blog "AKAK DISEBALIK PINTU"(sila klik untuk maklumat lanjut).. Selama hari ini kita semua ni duk taksub la ingatkan piring Astro tu mengadap kiblat walhal kita sendiri pun tak pernah pun buat ujikaji pasal piring Astro ni...Tapikan apakata kita buat sendiri ujikaji tu...Ha kan senang takyah nak percaya 100% kat piring Astro tu... Oklah rasanya cukup sahaja perkongsian hari ini...Sila buat ujikaji sendiri untuk mendapat kesahihannya sebab aku sendiri pun tak berapa nak pasti dengan bende2 ni...Selama aku bekerja dengan JAWI ni takde la pulak Ustaz2 yang keluarkan kenyataan bahawa piring Astro tu mengadap kiblat...Takpele nanti kita test dulu ye...

Alkisah Malaysia menang bola sepak...

Image
(google) Sori dah beberapa hari tak menjengah blog ini...Aku tau semua orang hari ni duk citer pasal bola sepak yang menang emas di Sukan SEA malam tadi...Walaupun aku hanya dapat tengok separuh masa kedua (tu pun dah minit2 terakhir) tapi semangat bola tetap membara...Cheewahh...Nak buat camne akukan ada kelas semalam jadi kenalah fokus pada kelas...Yang bestnya, budak lelaki dua orang jer datang kelas...Yang lain dah "booking" tiket ke stadium... Tapikan semalam memang seram sejuk dibuatnya...Aku rasa kalau check darah semalam for sure "high blood"...Mana taknya melihatkan aksi2 yang tak sepatutnya rasa cam berdebar-debar ajer...Memang gamatlah semalam satu blok rumah aku...Dahtu bukan setakat blok aku je gamat, blok2 lain pun sama...Confirm jer menang, abis semua orang menjerit, terpekik, melolong termasuklah aku & Hubby sekali..he..he..he...Dahtu debaran dah hilang, apa lagi nak buat...Abis budak2 rempit keliling kawasan perumahan bawe bendera dengan siap ho

Apa Planning Cuti Sekolah???

Image
(google) Aku rasa semua orang tahu bahawa hari ni merupakan hari terakhir sessi persekolahan bagi tahun 2011...Fuh lega rasanya anak2 kita yek...Dapat cuti sebulan takyah nak bangun pagi2, adap cikgu, adap buku dan sebagainya...Yang paling dinantikan tentulah parents sebab takyah nak pk bayar itu-ini dan adap traffic jammed setiap pagi...Aku pun lega gaks..he..he..he.. Well, memandangkan cuti sekolah akan bermula apa planning korang untuk anak2 atau planning korang sendiri la??? Selalunya kalau cuti sekolah mestilah "bercuti" satu famili agenda utama...Aku ni tak tau ler nak gi mana....Nak juga bawa anak2 bercuti tapi tak plan ape2 lagi...Dahtu camne, aku nikan student busy ler dengan study...Apa2 pun nak curi gaks masa nak bawa anak2 bercuti...Tempat tu belum tau lagilah... Tapi faham2 jer ler bila cuti sekolah menjelang tiba kebanyakkan tempat mesti "crowded" giler n harga hotel tak hengat punye mahal...Masa ni ler hotel2, tempat2 percutian nak buat untung juta2 s

Bila Kakak Dapat Nombor Satu...

Image
Hari Jumaat yang barakah buat semua sahabat Blogger yang dikasihi...Semoga perjalanan hari ini memberi 1001 kebaikan dalam menjalani kehidupan sebagai insan di muka bumi ini...Semalam tak berkesempatan nak update blog akibat kerja yang memenuhi ruang2 kosong di atas meja...Saja jeles ajer tau tengok meja aku yang bersih ni... Anyway, nak stori sikit la pasal kakak dapat nombor satu hari tu...Balik tu terus kakak request kat Mama & Ayah, nak bagi apa??? Wah anak daraku ini...Tapi yelah juge tu, at least bagi semangat & as motivation to her to improve herself...Bila ditanye kakak nak apa??? Hamboi banyak laks permintaan dia...Well, biasalah budak2 what do u expect imagination diaorg...A lot of things... Aku nipun kalau ikut planning nak bawe dia gi makan2, jalan2 n beli something yang dia betul2 nak...Just to make her happy...Sekurang-kurangnya dia rasa dihargai oleh Mama & Ayah dia...Tak gitu...Dah le Mama & Ayah "superbusy", masa nilah nak spend time together2

Penat, Stress...Tak Larat La...Positif Selalu

Image
Baru-baru ni seorang rakan kelas berkata kepada aku " Aku suka jadi cam kau Maria sebab kau sentiasa positif"...Aku cam ter"blur" seketika...Entah aku pun tak tau le dari sudut mana yang die nampak aku ni sentiasa positif...Mungkin sebab aku ni sentiasa berwajah ceria..Ceriakah aku??? Mestilah aku nikan minah slumber dan seorang yang sangat "happy go lucky"...Konsepnya senang, aku tak kacau hidup orang, orang jangan kacau hidup aku... Setiap masalah yg berlaku cuba untuk berfikiran positif dan pk yang walaupun masalah itu memenatkan, men"stress" kan dan menyakitkan sentiasa positif adalah kuncinya...Eh malas lah aku nak serabut2 kepala otak ni...Aku ni boleh juga dikategorikan manusia yang tidak suka mencampur-adukkan masalah dengan kerja... Tipulah kalau aku kata tak pernah bermasalah, tak pernah gaduh2 manja dengan Hubby, tak pernah stress dengan anak2, tak pernah sakit hati dengan orang, tak pernah tension dengan kelas dan 'assignment"

Aksi Rempit Anak-anak...

Image
Mari kita saksikan bersama-sama aksi rempit dari anak2 ini...Bahaya tau, Sila Jangan Tiru Aksi Ini!!! Inilah dia anak2 dan anak buah aku beraksi rempit di malam raya...Ganas tak ganas la...Tengoklah yang depan sekali tu, Adik...Bukan main lagi gayanya...Yang kedua tu cuba teka lelaki ke perempuan??? Yang ketiga tu kakak dan belakang sekali tu pun anak buah aku... Suka tau dapat naik motor walaupun tak bergerak...Hanya untuk aksi rempit suka2 aje.. One more pics from them...Adik tu muka nak serius ajer...

We are the best among the best!!!

Image
Memang tak disangka JAWI telah mendapat 4 STAR rating untuk pengurusan kewangan bagi tahun 2010...Dengan nilai markah 90.7...Cuba fokus gambar kat bawah ni...JPA dan MAMPU pun bawah kitorg... Kedudukan JAWI dengan jabatan2 lain Syukur alhamdulillah...Ingat senang nak dapat 4 Star...Ini semua berkat usaha dan kerjasama antara semua di Unit Kewangan, JAWI...Staff di Unit Kewangan, JAWI memang tak ramai...Hanya lebih kurang 23 orang staff sahaja tapi kerjasama kami itu yang penting dan membuatkan sistem pengauditan berjalan dengan lancar...Yang penting cepat dan efisyen...Kami tidak pernah menangguh sebarang "claim" yang dibuat...Semua diselesaikan "on time"...Memandangkan kami adalah PTJ di bawah JPM, semua bayaran perlu diselesaikan dalam masa 9 hari tapi KPI kami perlu diselesaikan dalam 7 hari tak pernah lebih dari 7 hari sebab tu semua claim "on time" dan termasuk di JPM adalah 14 hari...7 hari di JAWI, selebihnya JPM...Bukan itu sahaja, kami juga di aud

Kisah Raya Haji Kami Yang Telah Berlalu...

Image
Walaupun sudah berlalu tapi aku nak cerita gaks kisah Raya Haji aku di rumah nenekanda di Kuang, Selangor...Kali ni malam Raya Haji, aku sekeluarga sudah pulang ke rumah nenek kerana Ayah, Ibu & adik-beradik sudahpun berada di sana...Since, malam tu 5hb, anniversary Ibu & Ayah, kami adik-beradik pun celebrate la dengan beli kek...Kalau nak tau aku sendiri pun tak tau sebenarnya adik2 nak beli kek nak sambut anniversary Ibu & Ayah...Takde le surprise sangat pun sebab Ibu dah tau awal2...Cuma Ayah je tak tau dan agak tergezut dengan kehadiran kek tu...Jom layan pics kat bawah dulu Kakak nak tangkap gambar dengan kek dulu sebelum selamat dipotong... Chocolate Cheese..Sangat mengujakan ok... Sambung balik cerita di pagi hari raya laks...Selepas Hubby pegi Solat raya, aku pun siapkan diri dan anak2...Tema tetap sama dengan raya puasa hari tu cuma yang beza kali ni aku pakai baju yang sama dengan anak2...Takde maknanyalah beli baju baru..Dah sah2 le baru pakai sekali jer baju ray

Hari Konvokesyen Kakak

Image
Baiklah kali ni nak sambung cerita hari Ahad pulak...Bangun pagi dah siap2, Ayah hantar kakak ke sekolah dulu untuk "make over" oleh Cikgu...Memandangkan hari Ahad adalah Hari Konvokesyen kakak, kakak perlu di "make over" untuk persembahan lakonan+tarian yang bertajuk "Aci2 Buka pintu...He..he..he...disebabkan kakak adalah watak utama so, kakaklah yang jadi Aci tu... Muka Jepun setelah di "make over" jadi Aci...he..he..he... Kakak sewaktu nak naik pentas untuk terima hadiah...Siap sedia dengan jubah... Tak sabar nak tunggu nama disebut... On stage..Sewaktu menerima hadiah Alhamdulillah...acara bermula dari pukul 10 pagi...Macam2 acara dan persembahan ada...The best part is kakak dapat nombor satu dalam kelas...Mama & Ayah really proud of u!!! Kakak dah mula tunjukkan minat dan keaktifannya...Bermula dengan pertandingan2 yang dia masuk sukan, gerak rama, dan gred yang cemerlang...Macam nilah anak mama kena seimbang semuanya...U really like me...Se

We are on live for AIM 18...

Image
Isnin yang indah dan menggumbirakan...Oh great weekend!!!Aku mulakan dengan kisah hari Sabtu dulu yek...Akhirnya dalam pada jadi tak jadi dan jadi jua akhirnya, aku & Hubby melangkah ke AIM 18 di Stadium Putra, Bukit Jalil...Kami sampai agak lewat juga kerana keluar rumah dalam pukul 8 malam even pintu sepatutnya ditutup jam 8.30 malam...Tetapi atas dasar tiket VIP, walaupun lewat kami dapat masuk...Suka tau!!! Kami sampai dalam pukul 8.45 malam dan parking memang agak jauh plus kena menapak laks dari parking...Fuh lenguh kaki dibuatnya dengan "high heel" 3 inci...Kelassss kau Maria!!! Tapi yang bestnya bila dah sampai terus je dapat masuk...Gambar ni aku dah share juga kat FB now ni nak share laks dengan geng blogger...So, check it out!!! Our invitation card Kami dapat duduk di Arena A bersekali dengan artis2...Wah memang unexpected!!! Barisan hadapan aku ialah Ziana Zain & Hasben, sebelahnya Nubhan..Sederet dengan aku tak hengat la pulak...Belakang aku 6th Sense...

Hari Yang Indah...Tarikh Yang Cantik 11.11.11

Image
Salam Jumaat buat semua sahabat Blogger...Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi ini...Iya, hari Jumaat yang cukup indah dengan tarikh yang cukup cantik untuk dikenang 11.11.11...Ramai juga yang memilih tarikh ini sebagai tarikh melangsungkan pernikahan...Teringat kembali detik pernikahan pada tahun 2005...Asalnya tarikh nikah yang dipilih adalah 05.05.2005 tapi apakan daya bertembung dengan majlis pernikahan sepupu sendiri...Maka niat di hati nak tukar ke tarikh 20.05.2005, juga tarikh yang cantik untuk dikenang...Kesudahannya tarikh tersebut tak jadi diambil sebab cuti sekolah sudah bermula dan bagi mengelakkan "perkara yang tak diingini berlaku" so, "cancel" juga tarikh tersebut...Kesudahannya tarikh yang dipilih ialah 14.05.2005...Walaupun tak berapa nak cantik tapi itulah tarikh keramat aku & Hubby untuk dikenang di mana kami telah selamat diijabkabulkan...Alhamdulillah...dan hingga ke hari ini setelah 6 tahun lebih usia perkahwinan, dikurniakan 2 orang

Semuanya Nak Angry Bird..

Image
(google) Semenjak Angry Bird ni dah femes, anak2 aku pun sibuklah semuanya nak Angry Bird...Baru2 ni lak, Cikgu belikan T-Shirt Angry Bird untuk kakak pakai ke Johor...Dahtu siap bagitau aku ni, "mama, kakak nak beg Angry Bird, Pensel Box Angry Bird, Pensel Angry Bird, Baju Angry Bird dan kalau boleh semua nak Angry Bird...Abis semuanya Angry Bird...Kuat betul aura penangan Angry Bird ni yek...Aku nipun kekadang tu layan gak games Angry Bird kat phone tapi baru2 ni kakak main, dia ter"delete" sudah games Angry Bird...Adusss bosan la pulak tak dapat main Angry Bird...Kalau kakak nak Angry Bird, takkan nak beli untuk kakak je...Dah tentu kena beli sama untuk Adik...Takpele Angry Bird punye pasak, beli aje ler tapi nasib baik Angry Bird tu comel...Kalau tak, tak kuasalah aku nak membelinya noks!!!

Makan Jamu...Ok tak???

Image
(google) Ada sapa2 yang suka makan jamu??? tak kisahlah apa2 jamu tapi tentulah jamu untuk kesihatan badan...Kalau dulu2, zaman2 nenek kita, memang terkenal sangat dengan amalan pemakanan jamu ni tapi jamu serbuk bukan pil ok...Aku tak pernah cuba lagilah jamu serbuk ni...Rasanya tak lalu kot aku nak makan...Telan pil aje senang... Well, masa aku berpantang anak nombor satu aku memang ada makan jamu yang aku beli dari tukang urut kat kampung mak mertua aku...Memang rasa best je bila makan jamu ni...badan rasa hangat tapi yang tak tahannya bila peluhlah...Tak hengat punye!!! Lagi satu yang kesiannya kat anak la...Disebabkan jamu ni panas maka anak aku pun kena cirit-birit...Fuuhhh..Baik punye cirit-birit...Bila anak kedua pulak, aku tak dapat makan jamu sebab anak kena jaundis...So, to avoid any circumstances, "no jamu" at all dan hingga kini aku tak makan pun apa2 jamu untuk kesihatan diri...Ada juga yang cadangkan pelbagai jenis jamu kat aku tapi cam takut laks nak cuba....

Tamatnya Jiwa & Lara..

Image
Sapa layan drama Jiwa & Lara??? Aku takde le layan sangat tapi tengok le juga bila sempat...Walaupun kisah Jiwa & Lara dah berakhir pada Selasa lepas sama dengan kisah Sofiyya tapi penamat kisah Jiwa & Lara sangat membengangkan aku...Bukannya apa, at least tunjuklah apa kesudahan Jiwa & Lara tu, apa jadi pada mak Yana....Sudahnya semuanya nak kena mati...Aku cam tergamam jugakla dengan kesudahan cerita tu cam entah ape2...Ok fine aku taulah aku bukan pengarah tapi macam takde kesudahan...Agak2nya Pengarah drama tu nak sambung kot Jiwa & Lara 2??? Oh tak mungkin..Dahtu semuanya dah mati takkanlah ada 2nd season...Hubby aku lak siap kata, "yang Mama sibuk nak bengang2 buat apa??"..Of course la semangat nak tengok apa penamatnya, sudahnya hampeh...Ah memang bengang la.... (google)

Busy Giler Nak Settlekan LNPT...

Image
Pagi Rabu semua sahabat Blogger...Dah penghujung tahun kita semua ye...Biasala kalau hujung2 tahun begini rasanya semua organisasi tak kira la swasta atau kerajaan tentu sibuk dengan LNPT atau istilah lain "appraisal"...Kalau dulu masa kerja swasta orang atas yang buat "appraisal" untuk aku...Sekrg pun masih lagi ada orang atasan tapi yang berbeza pula, aku pun kena buat "appraisal" untuk staff2 yang berada di bawah aku...Di mana kesemuanya lebih kurang dalam 15 orang...Boleh tahan la juga...Ada juga antara2 mereka dah tercalon untuk APC 2011 tapi entahle bukan taknak bagi masih ada kriteria2 yang belum menepati kehendak aku dari segi kerja terutamanya kualiti dan perancangan kerja...Kebanyakkan "last minute"...Oh tidak!!! Aku memang tak suka dengan kerja "last minute" dan "dua kali" kerja ni coz wasting my time...Aku tak kata aku bagus tapi aku suka merancang kerja yang aku buat...Contohnya esok pagi datang kerja dah plan nak