Posts

Showing posts from August, 2013

Dunia Baru

Hampir seminggu lebih aku kini berkhidmat di Pusat Kawalan SMART, JPS...Alhamdulillah sehingga kini semuanya masih baru dan ok..Harapan setiap kali di tempat baru agar semuanya berjalan dengan lancar tanpa permasalahan... Gembira sampai tak terluah dengan kata2 bila dapat keluar dari PUSPANITA...Tak tahu nak digambarkan kegembiraan ini macammana...Rasa cam nak jerit kuat2 tapi nanti orang kata tak betul laks...Apa2 pun aku bahagia sebab dapat keluar dari tempat itu.. Lepas ni kalau boleh dah taknak dikaitkan dengan PUSPANITA dan aku takkan jadi sebahagian dari PUSPANITA pun...Jujur aku akui lebih banyak yang pahit dan manisnya...Semoga aku terus cemerlang dalam perjalanan karier aku...

Raya Yang Sudah Berlalu

Assalamualaikum...Salam Syawal buat semua...Maaf lama sudah tidak mengunjungi blog kesayangan ni dan update apa yg terkini...Apa2 pun memandangkan mood raya masih ada maka dengan itu aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat semua sahabat blogger.. Alkisah raya tahun ini biasa2 sahaja...Dua hari sebelum raya, nenek tersayang telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua dan uzur...Memang raya ni mood kesedihan kerana satu2nya tempat kami berkumpul adalah di rumah nenek...Bila nenek tiada, ayahlah insan yang paling terasa kehilangan nenek memandangkan ayah yang bertanggungjawab menjaga nenek siang & malam, mandikan, cuci apa yang perlu, tukarkan lampin, bagi nenek susu setiap 4 jam tanpa kenal erti jemu dan letih... Setiap masa hanya untuk nenek dan ayah tak sempat pun berada di sisi nenek di saat akhir nenek menghembuskan nafas di PPUM...Namun Ayah redha kerana selama ini Ayah dah lakukan yang terbaik untuk nenek..Ibarat menjaga seorang bayi,