Bayi 14 hari maut tersedak susu

Sangat syahdu bila aku membaca KOSMO sebentar tadi...Walaupun lambat baca KOSMO tapi sedih sangat dan menitis air mata naluri keibuan aku...Bayangkanlah bayi yang dikandung selama 9 bulan 10 hari hanya sempat ditatap selama 14hari...Oh tak sanggup rasanya..Siapa yang harus dipersalahkan??? Kenapa ibu dia tak susui bayi dia dengan susu ibu secara direct feeding??? Kenapa mesti guna botol sewaktu bayi baru berusia 14hari??? Sungguh besar ujian Allah kepada ibunya...Bukankah anak2 itu amanah Allah yang perlu dijaga dengan sempurna...Buat ibu Muhamad Nasrul Nizam, tabahkanlah dirimu..Sesungguhnya Allah telah menjanjikan syurga buat sikecil ini...Akan dia nantikan dirimu dipintu syurga...Bersabarlah kerana itu semua adalah qada & qadar yang telah ditentukan oleh Illahi...Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya...Ibu2 semua carilah ilmu penyusuan sebanyak mungkin kerana hanya dengan titisan susu kita yang penuh dengan kasih sayang, Insya-Allah akan mengukuhkan ikatan ibu & anak itu...Dan alhamdulillah aku masih berusaha menuju ke puncak bagi melengkapkan penyusuan aku...Semoga ibu2 semua dapat menyusui bayi mereka dengan sempurna dengan air susu sendiri tanpa memerlukan susu formula...Insya-Allah...



Sewaktu berusia 3 hari...Muka pun bengkak lagi..



Marissa Ilmi sewaktu berusia sebulan...Syahdunya setiap kali menatap wajah ini...Betapa kuatnya bonding antara ibu & anak tatkala menyusui mereka..

Comments

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah