Posts

Showing posts from May, 2013

Bahagia Selamanya

Assalamualaikum...Buat sahabat Blogger yang dirahmati sekalian. Hampir sebulan lebih tidak bersua dan tiada sebarang berita mahupun cerita untuk dikongsi. Apa pun aku bersyukur kerana masih dapat meneruskan sisa kehidupan ini dan menjalani kehidupan sebagai hamba Allah... Alkisah di bulan April yang lalu, tanggal 26/4/2013 merupakan hari lahir suami tercinta..Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan usia dan masih bersama kami menjalani kehidupan bersama anak2 tercinta... Aku juga bersyukur kerana tanggal 14/5/2013, bahtera perkahwinan yang dibina setelah 8 tahun masih utuh walaupun pelbagai dugaan dan badai menimpa... Setiap hari, setiap perkara yang aku lalui, aku bersyukur kerana diberi peluang menikmati keindahan alam ini...Setiap detik aku ingin lalui dengan 1001 keindahan yang tak terucap...Ingin aku kecapi setiap detik kebahagiaan itu tanpa sebarang permasalahan..Moga2 apa yang aku lalui ini berkekalan hingga ke akhir hayat...