Aku Yang Sempoi Dan Selamba...



Cer korang baca tajuk en3 kat atas tu...Yes, inilah diri aku dari zaman hingusan, muda remaja & sekarang remaja pertengahan...Seorang yang Sempoi dan Selamba...Sebab tulah aku rasa Hubby aku jatuh cinta dengan aku sebab karakter aku yang memang giler2 ni kot...Kalau korang borak atau jumpa aku, memang korang rasa korang dah lama kenal aku sebab karakter yang ada pada diri aku...Ceh tetiba lak puji diri sendiri..Tapi betul sebab aku ni bukan minah ayu tapi jiwang karat tu kekadang le...Mesti la kena ada sikitkan...Kata wanita berjiwa lembut & sensitif...Masa zaman hingusan sehinggalah ke alam remaja aku ni agak "TOMBOY" sikit...Kali pertama aku bela rambut panjang masa umur 15 tahun...Masa tu rasa terserlah sifat wanita melayu terakhir tau...Cam tak caya siot, aku bela rambut panjang...Eh korang sorilah kalau korang rasa part of words aku kat dalam blog ni agak kureng ajar sedikit but this is reality of me...Baik aku jadi diri aku sendirikan..Betul tak??? Actually, ini bukanlah sessi pengenalan diri aku tapi saja nak bercerita-ceriti serba sedikit tentang diri aku...Aku memang seorang yang agak lasak cuma bila dah jadi "MAMA" ni sifat keibuan tu kenalah ada...Dahle anak aku dua2 pompuan, takkan nak ajar cam "JANTAN" lak...Falsafah hidup aku masa dolu2 la "HIDUP MESTI SELAMBA" tapi bila dah jadi mak2 ni kenalah ubah falsafah tu walaupun masih mengamalkan sifat yang sempoi dan selamba...Cam tak boleh dipisahkan dah...Aku dah biasa dengan karakter aku sebegini dan kerana karakter aku ni jugalah orang senang nak berkawan ngan aku terutamanya lelaki la tapi tu masa zaman2 muda remaja...Sekarang tak bolehlah adalah had limitnya...Ye le akukan dah jadi bini orang...Selamba pun kenalah bertempatkan...Yang pasti, aku sendiri tak taulah sampai bila aku akan terus begini...Blog aku nipun semua ayat sempoi dan selamba jer...Ayat2 bunga & ayat2 cinta tu adalah juga...Sesekali bermadah apalah salahnya ye...Apa2 pun terima kasih kerana sudi membaca blog aku yang sempoi & selamba ni..."HIDUP MESTI SELAMBA"...Yuhuuu...

Comments

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah