Posts

Showing posts from August, 2010
Dah 2 minggu kita berpuasa...Last Friday, mak busu eton meninggal. Cam tak caya gak mulanya tp Allah lebih sayangkan dia...Al-Fatihah buat mak busu..Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Back to my life..Balik jer dari kebumi mak busu, anak2 aku terus dilanda demam panas..Sian kakak & adik..Maka bersengkang mata la aku n my hubby..Kakak senang nak jaga tp adik merengek la gak sampai x cukup tidur dibuatnya..Tp aku terpaksa pegi kelas gak mengenangkan kuiz & test2 yg ada walaupun berat hati...Shopping raya untuk anak2 dah selesai tinggal diri sendiri, ayah n rumah nak diselesaikan..Next week nak kemas2 umah, pasang langsir n sambut merdeka..Nak beli kuih raya n sambung shopping dgn oya & edeq on 31st August...Tahun ni takde le perhabis cam last year sbb last year aku pregnant so thn ni kena la "vogue the vass"...Thn ni tak meriah sgt le sbb abg ipar & kakak ipar tak sambut raya kat sini..Maka di pagi raya hanya aku sekeluarga sajala di rumah bon

Puasa..oh puasa

Pejam..celik..pejam...celik dah seminggu umat Islam berpuasa...Alhamdulillah aku masih berpuasa lagi dan masih menyusu anak aku...Aku ingatkan bulan puasa ni susu aku akan berkurangan tetapi rezeki anak2, Marissa masih lagi berpeluang menyusu badan sepenuhnya dan aku masih meneruskan rutin seharian aku dengan menyediakan stok EBM untuk Marissa (walaupun stok cukup2)...Last week balik umah ibu so, berbuka pose bersama adinda, kekanda n ibu & ayah..Walaupun x cukup korum tp takpela sekurang2nya dapat bersama keluarga tercinta...Balik Kuang jumpe nenek tp nenek dah tak pose sbb die dah lupe everything about "NOW"..yg die ingat mase dolu2 even ank2, menantu2 n cucu2 pun, dia tak kenal..sian gak kat nenek..omputih panggil sakit "ALZHEIMER"...Ajar Marsya pose tp die tak dpt full day dpt suku hari n setengah hari pun jadi le...

1st Ramadhan

Today is the 1st day of Ramadhan..Alhamdulillah many bless n thanks to Allah for giving me a chance to perform ibadah puasa this year...Kalau dihitung ini adalah puasa aku yang ke 23 sbb aku start belajar puasa masa umur 5 tahun...I woke up early in the morning at 4am even I feel a bit tired n very sleppy (marissa buat hal nak main tgh mlm)...Mkn le apa yg patut tp aku kena ambik nasi coz I'm still breastfeed my baby Marissa n mkn kurma 3 biji  so that aku takde le lapar sgt..Jln mmg jem giler hari ni tp sempat le sampai ofis seminit lagi kul 8...Bulan pose ni all the class has been canceled n replaced on Saturday & Sunday so takde la rushing sgt nak pegi kelas... Yang penting raya tahun ni bertambah lagi le aku ngumpul duit raya dengan adanya Marissa..Kakak yang paling seronok sbb dah ada geng n excited nak pakai baju raya (kalau boleh nak try everyday baju raya yg dah beli)...Semoga Ramadhan kali ini akan bertambahlah rezeki kami sekeluarga dan yang penting mendapat keredhaan

Sabtu & Ahad

Tinggal 2 hari lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa...Sabtu & Ahad lepas kami anak-beranak menghabiskan masa dengan aktiviti2 yang berfaedah..Almaklum la nanti dah mula pose, malas n penat lak nak berjalan...Sabtu pagi2 aku dah bangun..beli sarapan n masak untuk t/hari sbb 9pagi aku ada kelas akaun...Kul 8 pagi aku dah gerak gi kelas kat Uitm..Kelas mula dari 9 pagi -12t/hari..On d way back, hujan lebat giler masuk je NKVE...tp kuar jer kat jln. duta panas la pulak...Sampai umah lepak ngan ank2 n mkn la dulu (LAPAR BEB)..dahtu ape lagi membuta la (zzzzz..fuh penat siot)..Kononnya my hubby nak ajk gi ZOO..tp petang hujan x jadi la gi..Seblh mlm takde gi mana2 so, kami pun gi la umah sepupu die di Sek.24...Lepak2 sampai kul 12 sambil menonton tv & the best part is "DOMINO'S PIZZA" has been served to us..Nyam2.. kenyang... (alhamdulillah..thanks to Yan & Anem for the pizza n dun't forget BABY AISY yg dah makin bulat)...Balik terus tido coz sampai umah

Alam Mahsyar

PETIKAN DIAMBIL DARI EMAIL YG AKU TERIMA. MOGA ILMU INI DAPAT DIKONGSI BERSAMA... Alam Mahsyar Itu Indahkah? 1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.   4. Sekelian manusia hidup melalui be

kelas ooo kelas...

Halooo..to all bloggers...meet again..Anyway, dah 2 hari tak menulis ni..Cuti 2 hari so, takde masa la nak adap pc..2 hari cuti cam2 mslh timbul pasal hal kelas..Aduss..tension giler..Kejap boleh ambik subject akaun, kejap tak leh..Nasib baik tak drop lagi..Disebabkan x jadi drop maka, we just proceed the Account class by Pn. usharani. Pn. Usha ni ok la dia ngajar tp kalu dengar suara die sgt nyaring dan lantang..14 batu dah boleh dengar (jgn. marah ha Pn. Usha)...So, chaiyuk student Account...Hari ni masuk ofis bnyk giler kerja menanti tp sistem takleh guna la pulak.. Lagi aku tension..baru la semangat nak abiskan keje dah sistem buat hal lak...Sabtu & Ahad takde istilah cuti la untuk aku sbb aku akn attend kelas ganti for Account & Mandarin...Eventhough penat giler tapi demi segulung ijazah akan aku perjuangkan jua (chewah..). Aku ada 5 semester lagi untuk aku complete ijazah..hopefully..Insya-Allah 2012 aku grad..Takpe la nak dapat CGPA gempak2 pun tak termampu rasanya tp ak

GIRLS...

Image
MARSYA ILMI BINTI ZAIRUL...merupakan anak sulung aku. Dilahirkan pada 15.02.2006 di HBKL. Masa lahir cam tak caye beratnya 3.65kg (average 3.7 la tu)..Ha besar tak besar la n larat tak larat la aku nak meneran dia.Tapi alhamdulillah semuanye senang sbb aku tak rasa sakit sgt masa nak lahirkan die walaupun pintu rahim sudah terbuka 3cm..Yang paling penting my hubby ada kat sebelah untuk bagi support walaupun pada mulanya agak "TAKUT" untuk teman aku. Tapi sbb pk yang nak kuar tu anak dia gak, teman lah juga aku. Ambik masa sejam gak nak kuar sbb tak pandai nak PUSH...tp dengan semangat yg berkobar2 akhirnya selamat jua kuar. Alhamdulillah dari dilahirkan sampai la sekrg sgt senang n tak banyak ragam jaga dia. Cuma bila dah besar ni degil n ngada2 sikit la. Tambah lagi dah adik, lagi la ngada2nya... Sekrg ni dah umur 4 tahun n dah pegi sekolah. Dah pandai nak melawa (berkat ajaran makcik2 tercinta- OYA & MAMA EIQA) sbb aku masa kecik2 dulu ala2 tomboy mana ada pk nak melaw

Today...

Salam semua...Hari ni dah masuk hari ke-3 bulan Ogos. Alhamdulillah aku masih bernafas dan hidup di muka bumi ini. Sepanjang tahun ni tak banyak aktiviti yang dilakukan. Cuma lepas saja habis pantang bulan Februari hari tu, aku terus sibuk dengan kerja dan kursus2 tambahan untuk memantapkan diri..Chewah..termasuklah Induksi yang perlu ditempuh oleh semua penjawat awam sebagai syarat wajib untuk "CONFIRM". Kelas sudah bermula pada Julai lepas dan alhamdulillah aku masih mampu berulang-alik dari KL- Shah Alam walaupun penat. I'm a tough mother n superwoman... (Ceh puji diri sendiri lar)..Bulan Julai lepas genap umur aku 28 tahun..Tak disangka rupanya sudah bertambah usia dan menghampiri 30-an..Ahhh tidak!...Cam tak caye jer...But to me age is just a number...Yang penting hati mau sentiasa ceria then everything will be ok.

MY SOULMATE

Image
Tanggal 14.05.2005 merupakan hari bersejarah buat diri kami kerana kami telah selamat diijabkabulkan setelah melayari pelbagai dugaan selama 4 tahun. Alhamdulillah sudah genap 5 tahun kami hidup bersama dan kini dikurniakan 2 orang puteri yang comel. Bak kata pepatah "Sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri". Begitulah jua kehidupan kami ada pasang dan surutnya. Ada suka dan duka yang ditempuhi dan itulah rencah asam garam kehidupan berumahtangga. ZAIRUL BIN JOHARI insan yang bergelar suami dan ayah kepada anak-anakku. Terima kasih di atas segala kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan. Semoga ikatan ini kekal abadi hingga ke akhir hayat dan kasih sayang ini terus kekal buat selamanya. Semoga hari2 mendatang akan ditempuhi dengan penuh keindahan dan harapanku agar perkahwinan ini berkekalan hendaknya. Amin...

DOA SEORANG IBU

Petikan ini merupakan email yang saya terima. Jadi sama2 lah kita renungkan dan ambil iktibar dari semua ini. Semoga saya dan ibu2 yang lain akan sentiasa menjadi ibu yang sempurna di mata anak2 kita dan menjadi anak yang sentiasa menghormati dan menyayangi ibu kita sendiri. Buat bondaku yang tercinta SOPHIA BINTI HAJI AHMAD. Sesungguhnya pengorbananmu tak ternilai harganya. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas segalanya. Semoga dirimu sentiasa di dalam limpahan Illahi. DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU Assalamualaikum Semua, Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh  Ustaz Abdullah Mahmud.  Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time.  So  kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2,adik2  boleh guna.  Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang nasha tanda **** Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu •      Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah  di bawah siksa Allah bil

INTRODUCTION

ASSALAMUALAIKUM sebagai pembuka bicara buat semua. Ini merupakan blog terbaru saya kerana blog yang sebelum ini mengalami masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sebagai salam pengenalan buat semua blogger, diharap dengan adanya blog baru ini dapatlah kita berkongsi pendapat dan pengalaman masing2 dalam kehidupan sebagai panduan kehidupan seharian kita. Blog ini juga adalah sebagai salah satu cara saya untuk meluah dan berkongsi kehidupan dan aktiviti yang saya lalui sebagai manusia di muka bumi ini. Insya-Allah moga2 dengan blog ini dapatlah jua saya menyampaikan serba sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. Akhirul kalam...semoga kehidupan kita sentiasa diberkati hendaknya...