Posts

Showing posts from April, 2012

Terimalah qada & qadar Illahi

Image
Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...Sama ada buruk atau baik sesuatu itu hanya Allah Maha Mengetahui...Kita adalah hamba-Nya, perlu tabah menerimanya..Itukan sudah ditentukan, tiada kuasa yang bisa melawan kehendak-Nya... Bersabarlah oh hati!!! Perincian yang ditetapkan itu jadikan ia satu benteng dalam menghadapi dugaan mendatang...Tak mungkin hidup ini senantiasa bahagia dan indah selamanya...Dugaan itu benar2 mematangkan kita... Segala qada & qadar dari Illahi itu sudah termaktub dari awal lagi...Moga ada pelangi indah terus menemani kehidupan ini walaupun sekadar untuk seketika...Teruskan perjuangan tanpa rasa sesal dan putus asa...

Cameron Highlands-PART 2

Hari ke-2, destinasi kami adalah Ladang teh...Kalau dah sampai sini tak sah kalau tak singgah..Betul tak??? Ladang Teh BOH...Adusss, jalan sempit tak hengat..Kami tiba di sana seawal jam 8 pagi...Nak naik ke atas aje ambik masa sebab sepanjang nak naik tu masing2 sibuk bergambar...Bila dah sampai atas tu, apa lagi borong la segala jenis perisa teh yang ada..Bukan selalu dtg pun...Selesai borong, mestilah lepak kat kafeteria yang disediakan sambil menikmati panorama indah ladang teh dari atas..Memang cantik...Yang pasti niat asal nak ke ladang teh tempat ombak rindu tapi sebabkan jauh dari tempat penginapan, kami ke ladang teh Brinchang aje...Dekat sikit...Tapi harge minuman dan makanan kat sini mahal siot...Dah namanya ladang teh, segala jenis air minuman semuanya teh la... Dahtu semua orang ke Rose Centre tapi aku, my sis n my mother balik terus sebab anakanda Marissa tidur...So, tak berkesempatan la nak masuk Rose Centre....Bila dah seharian berjalan memang penatlah...Selesai makan t

Kami Ke Cameron Highlands-PART 1

Lama tak ke sana...So, pada tanggal 21hb April 2012, aku sekeluarga termasuk adik-beradik aku yang lain tidak dilupakan ayah & ibu meluangkan masa bercuti selama 3 hari 2 malam...Tempat penginapan kami namanya Villa Dahlia Apartment...Since adik-beradik ramai so, ambik pent house 4 bilik... Aktiviti pertama setibanya kami di sana selepas check in of course le pegi Strawberry Farm...Tapi takleh petik strawberi pun...Just makan strawberi cecah coklat, minum air strawberi dahtu shopping la sikit2...Semuanya strawberi...Boleh tak aku taknak upload gambar sebab kes malas....Ha...ha..gambar semua dah upload kat FB tu yang taknak letak gambar kat sini...Malas nak edit... Lawatan seterusnya Pasar Malam Tanah Rata...Amboi sakan shopping kat sini..Segalanya ada...Dari key-chain, FM, snow cap, baju, bantal, glove, shawl..Semuanya abis diborong...Murahlah juga...Bila dah selesai kami pulang semula ke apartment n prepare untuk BBQ sebelah malam... Setting barang segalanya tentulah Mr Hubby n al

Selamat Hari Lahir Suamiku

Image
Oppsss dah terlepas sehari...Anyway, semalam adalah ulangtahun kelahiran seuami terchenta..Kalau tahun lepas sambutan agak meriah disambut bersama kembar Hubbyku tapi tahun ni tak dapat sambut berdua...Sebabnya komitmen masa kerja suami aku dan komitmen kelas..Sudahnya, balik dari kelas beli KFC, makan aje ler...Yang penting semua happy...Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usianya untuk hidup bersama kami dan untuk sentiasa menyayangi diri kami...Semoga dengan pertambahan usia (yang dah masuk 3 series) akan lebih memberi banyak kebaikan dalam kehidupan kami...Apapun suamiku, mama dan anak2 sentiasa perlukan "ayah" dalam kehidupan kami...Semoga "ayah" sentiasa menyayangi kami untuk selamanya...

Berwajah Baru...

Lama tak update blog...Tetiba buka sudah berwajah baru dan agak lain jugalah...Mungkin nak nampak kelainan dan moden sikit ala2 timeline tapi cam tak best jer...Apa2 pun setting yang lama senang sikit...Korang pun sama ke ada perubahan??? Senang ke or menyusahkan???

Marissa, ADMITTED!!!

Sian anak Mama, akibat muntah2 kena tahan wad 3H2M...Dah ala2 percutian pulak...Apa2 pun Mama bersyukur sebab takde teruk sangat...Memang nampak susut badan Adik tapi Alhamdulillah, Adik dah sihat dan boleh terima makanan walaupun agak kurang sikit untuk makan...Moga2 Adik sihat selalu... Adik dah keluar hospital Sabtu lepas...Lepas Adik kuar hospital, rumah kena serbu dengan all my family sebab nak tengok keadaan Adik...Keluar aje hospital, banyak pulak bende baru dia belajar...Yang pasti sakit2 pun masih aktif sampai nurse pun confuse sakit ke tak sakit...Adik..adik...

Haloooo....

Assalamualaikum pembuka bicara buat semua sahabat2 Blogger...Lama sudah rasanya diri ini tidak menjengah ke Blog kesayangan ni dan tidak menjengah ke blog sahabat2 semua...Mood untuk mengadap Blog tak menjelma..Jadi untuk sementara waktu diamkan diri sahaja...Apa2 pun banyak juga cerita2 yang nak dikongsi tapi idea menulis takde... Kisah & rutin masih seperti biasa...Kerja, kelas & anak2..Kelas menambahkan lagi kesibukan yang sedia ada membuatkan masa untuk update apa yang patut di Blog terus lenyap...Apapun the latest story, Sport Day kakak...Ahad lepas yang agak memenatkan tapi syukur sebab kakak menang untuk ketiga-tiga kategori yang dia masuk...2 Pingat Emas dan 1 Pingat Gangsa... Semalam, seharian meluangkan masa di PETROSAINS...Excited & sangat seronok sebab sebelum ni tak pernah pun masuk...Luas & besar juga tempatnya...Banyak perkara boleh kita belajar dan banyak aktiviti...Insya-Allah, ada masa nak repeat ke PETROSAINS... Oklah till then...Muah..muah..muah..