Asyik Baca Berita Sedih Je...

Hari ni sekali lagi seorang budak 3 tahun meninggal kerana lemas ditinggalkan dalam kereta...Aduh sedih lagi...Baru je hari tu pasal anak meninggal tersedak susu...Hari ni alkisah lain lak...Ape kes??? Segalanya berpunca dari kelalaian ibubapa...Kenapa mesti tinggalkan anak dalam kereta??? Sebagai pengajaran buat semua ibubapa tolonglah jangan sekali-kali anda meninggalkan anak anda dalam kereta dalam keadaan mati enjin & tingkap tutup di bawah terik matahari walaupun sekejap hatta dia tidur sekalipun...Aku, walaupun anak aku tidur aku kejut takpun angkat bawa keluar kereta kerana aku tak sanggup & taknak pun meninggalkan anak2 aku dalam kereta...Macam2 boleh terjadi tau...Biarlah dia nak nangis sebab kena kejut bangun tidur ke, nangis sebab dukung & kacau dia tidur daripada kita pula menangis kemudian...Betul tak??? Sedarlah ibubapa semua hanya disebabkan kelalaian kita, siapa yang menjadi mangsa??? Anak-anak yang bakal mewarisi dunia pada masa hadapan...Generasi kita...Jadi sayangi & hargailah nyawa mereka...Mereka tu kan amanah buat kita...Sama2lah kita menghargai anak2 kita...

Anak2 ku yang tersayang...Merekalah segalanya..Racun & Penawar...


Comments

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah