Resipi Simple-Moist Choc Cake



Ok geng Blogger semua...Meh sini Mak Jemah nak share resipi simple-Moist Choc Cake yang Hubby & anak2 suka tau...Hubby tak makan kek tapi bila Mak Jemah buat layan ler juga...


ADUNAN PERTAMA:

2 CAWAN TEPUNG KEK NAIK SENDIRI (tak kisah apa brand)

1 CAWAN GULA PASIR BIASA

1 CAWAN SERBUK KOKO

Gaulkan kesemua ADUNAN PERTAMA sehingga sebati...

ADUNAN KEDUA:

1 CAWAN SUSU PEKAT MANIS (tak kisah apa brand)

1 CAWAN MINYAK MASAK

1 CAWAN AIR PANAS MENDIDIH

2-3 BIJI TELUR


Gaulkan ADUNAN KEDUA hingga sebati...Kemudian masukkan ke dalam ADUNAN PERTAMA dan gaulkan sekali lagi hingga sebati...Kemudian ambik loyang, sapukan marjerin dikeliling loyang untuk elakkan dari melekat..Kemudian masukkan adunan yang telah siap dan kukus...Senang tak??? Kukus sehingga 30-45minit sehingga adunan betul2 masak...Kemudian sejukkan baru terbalikkan atas lapik kek ke, dulang ke, pinggan ke but make sure betul2 dah masak tengahnya...Supaya bila terbalik tak pecah...Bila dah sejuk kita prepare untuk topping laks..


BAHAN TOPPING: COOKING CHOCLATE

cair & masakkan secara double boiling...Bila dah cair leh sapu atas kek...Untuk perhiasan suka hati korang ler nak letak apa...Yang penting korang nampak cantik & boleh makan udah ler...Meh tengok hasil kek yang telah Mak Jemah buat 2 bulan lepas...Bulan ni nak buat lagi...Kepada semua rakan Blogger, apa tunggu lagi boleh le cuba resipi yang simple ni untuk dijamu di bulan puasa atau di pagi raya...Selamat Mencuba ye!!!



Ini kek yang sudah siap dikukus...Tunggu untuk disejukkan


Yang ini dah siap topping + hiasan bintang...Hasil kreativiti KAKAK...


Yang ni lagi...Sila abaikan pinggan dan kecomotan coklat yang melanda...

Taraa....Simple Moist Choc Cake by MAMA VOGUE + PRETTY MOM

Comments

MARIA LIZA said…
boleh ajer...nanti maria buat bila gathering ramai2 lagi yek...
Gary Asip said…
nak mintak mak buatkan!! XD.. terasa lapar lak~.. T__T
Niena Muhammad said…
wahhh nmpak cam sedap :D

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah