Hebatnya Sekolah Ni...

Korang baca KOSMO hari ni tak??? Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, Kemaman, Terengganu merupakan perintis dalam penggunan m-Attendance di mana kehadiran pelajar menggunakan sistem melalui Apple Ipad...Memang hebat...So, sekiranya pelajar didapati tidak hadir ke sekolah, ibubapa akan menerima sms dari sekolah mengenai ketidakhadiran anak2...Sebab diwujudkan ialah untuk mengatasi masalah sistem manual, membendung masalah ponteng sekolah disamping itu ibubapa dapat memantau kehadiran anak2 ke sekolah dengan sms dari sekolah sahaja tau...Lepas ni tak perlulah cikgu2 kat sekolah nak tick attendance student secara manual sebab semuanya di hujung jari...Parents pun tak perlu risau anak pegi sekolah ke tak sebab kalau anak2 tak datang sekolah, parents akan dapat sms dari sekolah...Memang patut diaplikasikan di semua sekolah seluruh Malaysia...Hebatkan???


Apple Ipad yang digunakan untuk Sistem m-Attendance (google)

Comments

Sheila Adziz said…
wahhhhh... bagus tu... anak2 xleh nk ponteng dah..
aizamia3 said…
menarik dan bagus idea ni..
tapi sekiranya diaplikasikan di seluruh negara.. akan melibatkan kos yang banyak dan mungkin membebankan pada ibubapa yang kurang berkemampuan.. tapi kalau kita tak cuba kita tak tahu kan.. ;)
Kakzakie Purvit said…
Memang hebat, kakak setuju sangat tapi yg kurang mampu itu yg kesian kan...
aanie said…
memang hebat...baru la budak2 x berani nak ponteng...
orac arec said…
TQ Maria Liza. Next my pilot project, 'itextbook via iPad', saya gantikan buku teks ke iPad. Nanti I alert pada u perkembangan project ni
dilazfamily said…
memang canggih. betul2 ikut peredaran zaman kan
working mom... said…
uih..dasat org kijal nih...kagum seyyy..hihihi
WuMing said…
Bagus macam itu... sebab kadang-kadang budak bagitau mak bapak ke sek... tapi melencon ke arah lain...
emarieys said…
mak aii.canggihnya..

itu baru satu sekolah...kalau sekolah lain buat juga...banyak peruntukkan ni

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah