Astro Memang Tak Patut Naikkan Caj Langganan


Tak paham aku kenapa la ASTRO sibuk lak nak naikkan caj langganan bulanan??? Eh diorg ni tak cukup untung lagi ke??? Rasanya semua rakyat kat Malaysia ni dah bertukar guna ASTRO tapi kenapa mesti nak naikkan harga??? Aku rasa memang tak patut betul la diorg nak naikkan harga...Sebelum ni dah ada penonton yang komplen, ASTRO adalah saluran berbayar dan dia tak puas hati sebab bila tengah syok tengok TV ada lak iklan waktu pertengahan cerita yang dia tengok...Dahtu semalam keluar lak kat TV3, tak puas hati sebab servis bukannya bagus sangat sebab bila hujan je, langsung tak boleh tengok TV...Betul gak tu??? Kalau nak naikkan caj bulanan pun agak2 le dengan servis...Kalau dah tiap2 hari hujan, tiap2 hari la tak dapat tengok TV sebab siaran tak dapat...Kesimpulannya kepada pihak ASTRO, sebelum nak naikkan caj langganan tu, perbaiki dulu perkhidmatan yang diberikan agar semua pihak berpuashati terutamanya pelanggan2 anda...Eh korang tau tak kemungkinan besar RTM bakal ada sistem cam ASTRO gak, guna decoder...Kita beli decoder je, takyah bayar bulan2 cam ASTRO...

Comments

pena rozie said…
YE setuju sangat. Lagi satu citer lak ulangan saje kat 20 kali. Boring campur sewel tengok astro.
Gary Asip said…
x pakai astro...x pening... hehe...
MARIA LIZA said…
betul..betul...betul..asyik ulang citer yg sama aje...

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Segmen: "Bang, Jom g jalan-jalan"