CINTA HATIKU...Selamat Hari Ayah...

En3 hari ni khas buat SUAMI TERCINTA bersempena dengan HARI BAPA...Buat CINTA HATIKU...ZAIRUL BIN JOHARI, Selamat Hari Ayah (anak2 panggil Ayah)...Terima kasih di atas semua pengorbanan dan curahan kasih sayang yang telah diberikan...Sesungguhnya kasih sayangmu tak ternilai...Apa nak dikatakan tentang CINTA HATIKU ini...Seorang yang penyayang, sangat bertanggungjawab, kalah dengan anak2, romantik, tak pernah kata "TIDAK" bila mama & anak2 meminta, pembersih & bergaya, tak pernah jemu melayan karenah mama & anak2...Yang pasti dia adalah segala-galanya buat kami kerana tanpa Ayah, anak2 susah nak tidur...Bila Ayah balik rumah, Kakak & Adik berebut-rebut nak sambut Ayah...Tanpa Ayah juga, mama kelam-kabut nak handle anak2 sebab anak2 lebih dengar cakap Ayah...Tanpa Ayah, suasana tak happening bila balik kampung sebab Ayah seorang yang "HAVOC"...Ayah jugalah tempat rujukan semua orang...Rasanya cukup ajelah yang baik2 kita cerita kerana semua manusia itu tiada yang sempurna...Terima kasih AYAH kerana menjadi pelindung dan tempat mengadu buat kami...Jom kita layan gambar2 di bawah ni:


ZAIRUL BIN JOHARI...Kalau bab bergaya taknak kalah...



Ayah & anak2 dengan pelbagai aksi & gelagat...



Gambar2 di bawah sewaktu bercuti di Bukit Tinggi...









Rasanya ini sahaja untuk alkisah hari ini...Selamat Hari Bapa juga kepada ayahanda2 ku...Semoga kalian berbahagia di dunia dan akhirat...Buat anak2 mama, Semoga kalian sentiasa menghargai setiap detik bersama AYAH kerana kalian hanya ada seorang AYAH bernama ZAIRUL BIN JOHARI yang tak mungkin ada penggantinya di dunia dan di akhirat...Hargailah pengorbanan dan kasih sayang AYAH kepada korang dan semoga korang menjadi anak yang sentiasa berbakti kepada Ibu & Bapa serta sentiasa mendoakan kami...

Comments

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Segmen: "Bang, Jom g jalan-jalan"