Busy Giler Nak Settlekan LNPT...

Pagi Rabu semua sahabat Blogger...Dah penghujung tahun kita semua ye...Biasala kalau hujung2 tahun begini rasanya semua organisasi tak kira la swasta atau kerajaan tentu sibuk dengan LNPT atau istilah lain "appraisal"...Kalau dulu masa kerja swasta orang atas yang buat "appraisal" untuk aku...Sekrg pun masih lagi ada orang atasan tapi yang berbeza pula, aku pun kena buat "appraisal" untuk staff2 yang berada di bawah aku...Di mana kesemuanya lebih kurang dalam 15 orang...Boleh tahan la juga...Ada juga antara2 mereka dah tercalon untuk APC 2011 tapi entahle bukan taknak bagi masih ada kriteria2 yang belum menepati kehendak aku dari segi kerja terutamanya kualiti dan perancangan kerja...Kebanyakkan "last minute"...Oh tidak!!!

Aku memang tak suka dengan kerja "last minute" dan "dua kali" kerja ni coz wasting my time...Aku tak kata aku bagus tapi aku suka merancang kerja yang aku buat...Contohnya esok pagi datang kerja dah plan nak buat apa...Dahtu aku tak suka buat kerja tengahari sebab masa tu mood dah lain...Pagi2 masuk kerja, "on PC" terus buat kerja sebab bila kerja pakai sistem ni, pagi2 adalah waktu yang sesuai, laju dan efisyen...Buatnya sistem ngong tengahari, tak ke naya, dah bertambah kerja yang septutnya settle di pagi hari...

Mungkin juga dah terbiasa dengan sistem kerja di syarikat swasta..Di mana pagi masuk ofis terus buat kerja dan fokus tanpa gerak ke mana2 sehingga selesai melainkan makan, minum & tandas...Ye le 5 tahun bekerja dgn swasta banyak mengajar aku erti disiplin, fokus dan perancangan...

Alhamdulillah kalau boleh nak kekalkan terus apabila bekerja dengan kerajaan ni...Nak ubah sikit suasana tu biar permulaan kerja tu waktu pagi sebab waktu ni otak tengah "fresh"...Yang pastinya sehingga ke hari ini masih sibuk settlekan LNPT staff2 aku..Haruslah kena semak dulu...Sesuai ke tak sesuai markah yang diberikan...Tengok lak staff tu aktif ke tak aktif...Yang penting kalau pandai ambik hati pun tapi kerja tak jalan "no way" lah aku nak bagi markah lebih2...Wah "strict" betul aku....Takpelah bukan selalu pun...He..he..he...

Comments

aanie said…
huwaaa...takotnya bos ni.....

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah