Anak-Anak Mama...




Nak bercerita sikit tentang anak2 yang semakin membesar...Kakak dah 5 tahun dan bakal berumur 6 tahun pada Februari tahun depan...Adik pula bakal berumur 2 tahun pada 6hb Disember ini...Adusss terasa cepat sungguh masa berlalu...Baru2 ni sewaktu di Johor, Hubby rakam gambar kakak sedang buat persembahan dan dalam perjalanan pulang tiba2 dia bersuara "sayu hati Ayah bila tengok kakak dah besar...Macam tak percaya yang 5 tahun sudah, kakak yang sedang menari tu, anak yang Ayah sambut sendiri'...Tak lama lagi dah nak masuk sekolah rendah dan kemudian ke alam remaja di mana sedikit demi sedikit akan ada "gap" antara Ayah dan anak perempuan Ayah sendiri...Masa kecik ni didukung, digomol, dikelek ke sana sini, didodoi, digeletek dan macam2 lagi...Bila tiba masanya nanti dah takde semua tu...Pasti Ayah akan merindui momen2 tu semua sebab kakak memang sangat manja dengan Ayah...

Adik pula...Dengan keletahnya tersendiri...Dah macam2 perkataan yang dia belajar dan kadangkala perkataan2 tu tak tersangka keluar dari mulut Adik...Entah mana la Adik dengar dan belajar...Seperti kakak juga, Adik bila nak tidur mesti nak kena Ayah tepuk2...Kalau boleh nak tidur himpit2 dalam pelukan Ayah...Rasa nyaman dan tenang agaknya bila dibuat sebegitu oleh Ayah...

Anak2 mama Marsya Ilmi Binti Zairul dan Marissa Ilmi Binti Zairul...Kalian kian membesar...Semoga menjadi insan terbilang dan menjadi kebanggaan Mama & Ayah...Sayang kamu semua...Ayah selalu berkata "anak2 adalah harta Ayah yang tak ternilai"...Kadangkala Mama rasa kasih sayang Mama pada anak2 tak terbanding dengan kasih sayang Ayah pada kamu berdua...Sesungguhnya kamu berdua2 benar2 "RATU" di hati Ayah...


Comments

tunz said…
alhamdulillah...moga puteri2 comel ni menjadi anak yang solehah....amin...
Elih Japahar said…
Sweets..hehe, semoga bahagia hingga selama-lamanya

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah