Penat, Stress...Tak Larat La...Positif Selalu


Baru-baru ni seorang rakan kelas berkata kepada aku " Aku suka jadi cam kau Maria sebab kau sentiasa positif"...Aku cam ter"blur" seketika...Entah aku pun tak tau le dari sudut mana yang die nampak aku ni sentiasa positif...Mungkin sebab aku ni sentiasa berwajah ceria..Ceriakah aku??? Mestilah aku nikan minah slumber dan seorang yang sangat "happy go lucky"...Konsepnya senang, aku tak kacau hidup orang, orang jangan kacau hidup aku...

Setiap masalah yg berlaku cuba untuk berfikiran positif dan pk yang walaupun masalah itu memenatkan, men"stress" kan dan menyakitkan sentiasa positif adalah kuncinya...Eh malas lah aku nak serabut2 kepala otak ni...Aku ni boleh juga dikategorikan manusia yang tidak suka mencampur-adukkan masalah dengan kerja...

Tipulah kalau aku kata tak pernah bermasalah, tak pernah gaduh2 manja dengan Hubby, tak pernah stress dengan anak2, tak pernah sakit hati dengan orang, tak pernah tension dengan kelas dan 'assignment" yang berlambak tapi semua tulah yang mewarnai kehidupan aku...Anggap sahaja setiap perkara yang berlaku tu indah dalam kehidupan kita...Kalau takde semua tu mesti bosan hidupkan???

Jadi pada semua sahabat blogger yang disayangi, semuanya berbalik kepada diri kita sendiri kerana kitalah yang mencorakkan kehidupan dan fikiran kita sama ada positif atau negatif...Apa2 pun ambillah pendekatan positif kerana positif itu baik untuk diri kita dan mereka2 yang disekeliling kita...Jadikan setiap masalah sebagai cabaran dalam kehidupan yang dapat mematangkan diri kita...Tanpa semua itu di manakah kemanisan dalam kehidupan itu???

Comments

Unknown said…
:) seronok berkhidmat utk keluarga ni

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah