Hari Yang Indah...Tarikh Yang Cantik 11.11.11

Salam Jumaat buat semua sahabat Blogger...Alhamdulillah masih bernafas di muka bumi ini...Iya, hari Jumaat yang cukup indah dengan tarikh yang cukup cantik untuk dikenang 11.11.11...Ramai juga yang memilih tarikh ini sebagai tarikh melangsungkan pernikahan...Teringat kembali detik pernikahan pada tahun 2005...Asalnya tarikh nikah yang dipilih adalah 05.05.2005 tapi apakan daya bertembung dengan majlis pernikahan sepupu sendiri...Maka niat di hati nak tukar ke tarikh 20.05.2005, juga tarikh yang cantik untuk dikenang...Kesudahannya tarikh tersebut tak jadi diambil sebab cuti sekolah sudah bermula dan bagi mengelakkan "perkara yang tak diingini berlaku" so, "cancel" juga tarikh tersebut...Kesudahannya tarikh yang dipilih ialah 14.05.2005...Walaupun tak berapa nak cantik tapi itulah tarikh keramat aku & Hubby untuk dikenang di mana kami telah selamat diijabkabulkan...Alhamdulillah...dan hingga ke hari ini setelah 6 tahun lebih usia perkahwinan, dikurniakan 2 orang puteri yang comel, tarikh itu tetap sentiasa di dalam hati kami...Moga usia perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat...



Hubby saat melafazkan "Aku terima nikahnya...." dengan sekali lafaz.



Sewaktu berikrar..Lafaz Taliq (betul ker???)



Setelah sah diijabkabulkan...



Saat dipakaikan rantai tangan (ceh nipun aku nak bagitau..he..he..he..)



Tenang dengan 1001 rasa kegembiraan dan kesyukuran...



Majls kami bertemakan biru...




Maka tamatlah sudah alkisah tarikh yang cukup indah ini...Bagi aku tarikh cumalah nombor tapi yang penting momen yang terjadi pada tarikh tersebut untuk dikenang selamanya...Semoga hari ini memberi kenangan yang terindah buat diri semua...

Comments

Unknown said…
hehehe.....

date apa² pun boleh rasanya, sekadar utk kenangan kan?? yang penting berkekalan hendakNYA
Unknown said…
Tahniah.. :)
semoga bahagia dunia akhirat!
aanie said…
kurusnya hubby maria dulu....

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah