Telur Rebus dengan Air Kencing


Aku sendiri tak pasti sama ada perkara ini sahih atau tidak..Yang pasti pagi ni aku telah menerima email ini dari kawan aku...Dan ini adalah petikan dari email tersebut:-

RATUSAN telur direbus dengan menggunakan air kencing di wilayah Zhejiang, China dengan menggunakan resipi berusia ribuan tahun lalu.
BEIJING - Sebuah kedai di wilayah Zhejiang, timur China menjual telur yang direbus dengan air kencing budak sekolah dan ia merupakan resipi tradisonal berusia ribuan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.Chef makanan tradisonal, Lu Ming berkata, dia mahu mempromosikan semula makanan tradisional itu sehingga ke peringkat antarabangsa. "Air kencing tersebut dikumpul daripada pelajar sekolah lelaki yang berumur 10 tahun, mereka kencing di dalam sebuah tong dan kami mengambil air itu pada setiap hari. "Telur-telur itu akan direbus dalam air kencing tersebut dengan kulitnya," katanya. Menurutnya, telur tersebut berasa sedap dan berkhasiat untuk menyembuhkan demam selain meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk ..



Telur yang telah siap direbus dengan air kencing

Bersiap-sedia untuk merebus telur dengan air kencing

Telur2 yang sedang direbus dengan air kencing

Air kencing yang dikumpul dalam baldi
Eeeii geli-geleman gak aku tengok..Diorang nikan sampai air kencing pun boleh jadi bahan rebusan telur...Agak2 ada ker orang mkn??? dah sah lah diorg2 je le yg mkn..Kalau aku TIDAK la ye..Ada ke air kencing manusia boleh dibuat ubat...macam2 dunia sekarang ni..

Comments

Fieda said…
pelik2 negara china ni....dh la aritu gempar pasal dorang wat sup guna baby yg digugurkan...uwekkk...kembang tekak...

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah