Aku Masak Sambal Paru...
Wah tajuk tak boleh blah tapi itulah hakikatnya...Raya untuk kali ini setelah beberapa tahun raya tak dapat cuti sebelum raya so, sku ambik cuti sebelum raya untuk masak...Menunya ialah sambal paru untuk dimakan di pagi raya...Memandangkan pagi raya kami berkumpul di rumah bonda mertua maka sambal paru akan dihantar ke rumah bonda mertua untuk dimakan beramai-ramai...Paru tu pegi beli dengan Hubby kat NSK..Aku beli 3.5kg paru untuk dimasak...Dengan semangat yg berkobar hari Ahad aku dah prepare sikit2, bahan2 untuk dimasak...Aku rasa korang pun dah tau bahan2 nak masak sambal paru...
So, Isnin pagi tu aku dah mulakan agenda memasak aku sampailah selesai hingga ke pukul 7.15 malam (banyak sangat gangguan ketika memasak tu yang ambik masak lama)...Dari merebus paru, goreng paru, blend cili kering & bawang segala sehinggalah menumis sambal tapi menumis ni Hubby tolong sebab banyak tu cili nak kena tumis...Kirenya ada la Assistant aku untuk masak paru ni...Memandangkan kami berpuasa dan pertama kali aku masak dalam kuantiti yang banyak, segala garam & gula aku bedal je letak ikut suka...Tak tau masin ke, manis ke yang penting siap untuk dimakan...
Dan alhamdulillah, buka puasa hari terakhir tu kami beramai-ramai termasuk adik-beradik Hubby berkumpul di rumah bonda mertua dan dapatlah rasa sambal paru yang tak seberapa tu...Bolehlah tapi aku rasa ter"masin" sikit....Takpelah yang penting semua orang happy sebab nak sambut raya...
(pics taken from google)
Comments