Apa Cer Sabtu & Ahad
Boleh ker kisah Sabtu & Ahad lepas aku baru nak citer hari ni...Kira boleh je ler sebab semalam mood menaip takde...Well, Jumaat malam Sabtu, Hubby hantar kami anak beranak ke rumah Bonda di Rawang (mood malas nak drive+Hubby nak letak kereta kat ofis)...So, kami tidur di sana...
Early in the morning (pagi Sabtu) Hubby perlu ke Penang (biasale 'KERJA)...Tengahari laks ada jemputan rumah terbuka@kenduri aqiqah kat Sg. Buaya...Aku pegi le ke sana bersama-sama bonda & anak2...Fuhhh jalan jem giler...Seb baik kereta auto kalau manual mau "cramp" urat kaki....Memang happening la jalan Sabtu lepas...Kami pulang ke rumah dalam kul 2 lebih dan sampai ke rumah lebih kurang kul 4 petang...Padahal Sg. Buaya-Country Homes, takde le jauh mane pun tapi aku rasa cam nak gi Melaka laks jarak perjalanannya...Ohhh serabut betul Sabtu lepas...Terus duk rumah tak kuar2 kerana kepenatan di jalanan dan membutakan diri...
Ahad, masih di rumah bonda dan pagi tu after breakfast, kami adik-beradik bergotong-royong masak bersama-sama...Menunya, mee kari & Rendang Ayam + Nasi Impit...Wah cam pagi raya laks...MOTIF UTAMA- Saje nak makan...ha..ha...Tapi kesian kat Hubby sebab tak dapat makan rendang ayam...Tak sempat nak masak 2nd round...Jadi bawa la balik mee kari saja kerana malam Ahad tu, bonda tolong hantar balik rumah...Kononnya nak tunggu Hubby balik dari Penang untuk ambik kami anak-beranak kat Country Homes...Seb baik tak tunggu sebab Hubby sampai KL dari Penang dalam kul 2 pagi...Takpe le yang penting selamat sampai...Rendang Ayam tu nanti kita masak kemudian...Pandai ker aku nak masak rendang???
SERABUTNYE!!! (google)
Comments
K.Ngah: Insya-Allah..kita main campak2 ajer dlm kuali..kena test dulu
Eb: Sorry dear, Sabtu ni ada kenduri kahwin la pulak...