Perjalanan sebuah "ILMU"


Salam buat semua... Hari ni nak citer sikit pasal Pentingnya Ilmu...Kita sedia maklum zaman sekarang setiap perkara yang kita buat perlu ada Ilmu..Actually, kat dunia ni mcm2 Ilmu yang kita boleh tuntut cuma jgn le tuntut ilmu yang salah atau songsang yang mana boleh memudaratkan diri sendiri...Aku sendiri masih dalam perjalanan menuntut Ilmu...Masih menanti segulung ijazah yang bakal aku genggam 2 tahun lagi..Insya-Allah...



Dan di sini la bermulanya episod perjalanan aku dalam menuntut Ilmu..Pada tahun 2000 sebagai penuntut Diploma Komunikasi dan Pengajian Media...Kini, 2010 bakal menjelma 2011 perjalanan aku masih di sini sebagai "STUDENT PLK" membawa harapan untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda (K) Pentadbiran  Korporat...Harapan aku tetap sama dalam menuntut Ilmu...Moga Ilmu yang dituntut diberkati...Aku sendiri menuntut Ilmu atas dasar kepuasan...Aku mahu menjadi contoh kepada anak2 aku...Sekurang-kurang ada perkara yang harus dibanggakan dalam perjalanan ini...Insya-Allah apabila selesai perjuangan ini akan aku harungi untuk perjalanan seterusnya...Bukankah menuntu Ilmu itu wajib dalam Islam...Selagi terdaya kudrat ini akan aku harungi "PERJALANAN SEBUAH ILMU" ini...Tidak lah pula aku memandang rendah kepada mereka yang tidak berkelulusan tinggi kerana bagi aku setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya...Jika tidak berminat apa harus dikatakan lagi..Mungkin ada Ilmu lain yang boleh dicungkil sebagai sesuatu yang akan menjadi kebanggan untuk diri sendiri setidak-tidaknya...


Islam itu INDAH...Segala keindahan Ilmu juga ada dalam Islam...Selain Ilmu duniawi, harus la juga kita sebagai umat Islam menuntut Ilmu ukhrawi...Sempurnakah Ilmu ukhrawi aku??? Masih banyak perkara yang harus dituntut dan dipelajari...Ya Allah permudahkan segalanya, permudahkan perjalanan ku dalam menuntut Ilmu..Kau berkatilah segala Ilmu yang telah aku tuntut dan bakal aku tuntut...Moga2 Ilmu itu dapat memberi syafaat kepada aku...

Entri hari ini ada sedikit emosinya...Kerana indahnya Ilmu itu aku menamakan anak2 aku dengan "ILMI"...Semoga dengan garapan nama "ILMI" yang menghiasi penghujung nama Marsya dan Marissa akan menjadikan mereka anak2 yang tidak jemu menuntut Ilmu...Moga MARSYA ILMI & MARISSA ILMI akan sentiasa menjadi kebanggan mama & ayah...

p/s: Insya-Allah bakal anak2 lelaki pun letak nama "ILMI"... 

Comments

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah