Ada Satu Kisah

Aku Ada Satu Kisah...

Suatu hari, aku dan lima orang kawanku telah berehat di sebuah restoran. Kami duduk sambil berbual-bual. Selang beberapa minit, seorang pelayan restoran telah datang mengambil pesanan makanan dan minuman kami.
Pada petang itu, kami berbual tentang kerjaya-kerjaya masakini termasuklah isu pengangguran yang semakin menjadi-jadi. Akan tetapi, isu pengangguran bukanlah menjadi topik utama kami, kami teruskan berbual tentang kerjaya.
Banyak kerjaya yang kami bincangkan, antaranya kerjaya sebagai polis, bomba, kaunselor, doktor, guru dan sebagainya. Kerjaya-kerjaya dalam bidang profesional ini sememangnya amat penting kerana ia banyak memberi sumbangan kepada masyarakat.
Tiba-tiba seorang kawanku yang dari tadi diam mula bersuara. Dia kata, semua kerjaya walaupun namanya profesional, ia tetap mempunyai kelemahan.

• Polis yang kerjanya menangkap pencuri, tanpa disedari rumahnya sendiri dimasuki pencuri.

• Bomba yang kerjanya memadamkan kebakaran, tanpa disedari rumahnya sendiri terbakar.

• Doktor yang kerjanya merawat pesakit, sedangkan dirinya sendiri ada sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, dan sebagainya.

• Kaunselor yang kerjanya membantu menyelesaikan masalah orang lain, sedangkan dirinya sendiri mempunyai masalah yang tidak selesai-selesai.

• Guru yang kerjanya mengajar, tiba-tiba anaknya sendiri merupakan pelajar yang paling lemah dalam kelas.

• Peguam yang kerjanya membela orang di mahkamah, sedangkan dirinya sendiri ada kes mahkamah.

• Pegawai JPJ yang kerjanya menyaman pengguna jalan raya, sedangkan dirinya sendiri kena saman.

• Pegawai bank yang menguruskan hutang piutang pelanggan, sedangkan dirinya sendiri mempunyai hutang bank berpuluh-puluh ribu.

Salah seorang kawanku yang lain pula mencelah, dia kata, perompak yang kerjanya merompak, suatu hari dirinya sendiri kena rompak oleh perompak yang lain. Aku menambah, perompak bukan kerjaya profesional.
Inilah kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Tidak ada sesiapa yang dilahirkan sempurna, semuanya mempunyai kelemahan dan kecacatan. Nabi Nuh a.s yang mengajak umatnya menyembah Allah, sedangkan pada masa yang sama anak dan isterinya sendiri tidak menurutinya.
Kita asyik bercerita tentang orang lain, bila pula kita hendak bercerita tentang diri sendiri. Justeru, marilah kita sama-sama melihat di mana kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri kita.

  • Kisah di atas aku ambil dari email yang aku terima...So, moral of the story yang aku dapat adalah dalam hidup ni kita perlu sentiada berwaspada dan beringat...Kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah...Hidup ibarat roda, hari ini hari kita, esok lusa entah siapa yang tahu...Lagi satu jgn duk asyik nak kata orang jer tapi diri sendiri pun tak betul..Rajin2 la muhasabah diri (peringatan untuk diri sendiri gak)...Kaji selidik kekurangan diri sendiri pasti kita sedar yang "NOBODY IS PERFECT"...Almaklum la zaman sekarang ni ramai sangat yang mengaku diri sendiri "HEBAT" tapi hebat kat mana pun tak tahu...Asyik duk nak kata anak org sudahnya anak sendiri pun tak betul (Nauzubillah)..
    Ya Allah permudahkan segala urusanku, jauhilah diriku dari perkara2 yang "lagha"...Moga anak2ku dijauhi dari perkara2 yang tidak sepatutnya dan jauhkan perasaan hasad dengki dalam hatiku...Moga kehidupan kami sekeluarga sentiasa di bawah rahmatMu...Amin..


Comments

Syaibah_Kama said…
cae pon ada dpt email nie...
betol sgt apa yg dia ckp kan.skg nie hidup takleh nak mendabik dada kan.kalau tgh senang bersyukur,kalau tgh susah bersabar.Allah tgh nak menduga...:)
working mom... said…
the best is, always remember..who ever we are there always with His blessing Allah the Almighty...xperlu nak mendabik dada..bersederhana adalah kunci sebaiknya..ingatan utk diri k.ngah jugak.. :)

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah