Bila Lagu Raya Berkumandang
Korang dah dengar tak lagu raya kat mane2 radio??? Setakat hari ni, aku masih belum lagi dengar tapi Hubby aku sangat bersemangat tau, puasa pertama dah tukar ring tone telefon dengan lagu raya...Naik kereta dah siap sedia pasang cd raya noks!!! Aku tau korang mesti ada lagu raya feveret korang??? Cam aku laks aku suka lagu Anuar Zain berduet dgn Elliana tu...Lagu ni buat aku happy sangat...Kalau yg sedih & pilu sampai stok emosi tak hengat lagu Aishah, Mamat Exist tu & Allahyarham P. Ramlee...Tapi takpe le aku nak share gaks lirik lagu SUASANA HARI RAYA dengan korang...Lepas ni korang nyanyi la ye...For sure korang happy...
(Raya tahun lepas kami bertemakan "PINK"...Adik pun baru berumur 9 bulan tapi tahun ni adik dah boleh jalan)
"SUASANA HARI RAYA"
A:Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
A:Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
E:Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
( korus 1 )
A:Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
( korus 2 )
A:Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
A & E:Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
(ulang korus 1 & 2 )
p/s Thanks to blog lirik lagu...
Comments