Raya Yang Sudah Berlalu

Assalamualaikum...Salam Syawal buat semua...Maaf lama sudah tidak mengunjungi blog kesayangan ni dan update apa yg terkini...Apa2 pun memandangkan mood raya masih ada maka dengan itu aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat semua sahabat blogger..
Alkisah raya tahun ini biasa2 sahaja...Dua hari sebelum raya, nenek tersayang telah kembali ke rahmatullah akibat sakit tua dan uzur...Memang raya ni mood kesedihan kerana satu2nya tempat kami berkumpul adalah di rumah nenek...Bila nenek tiada, ayahlah insan yang paling terasa kehilangan nenek memandangkan ayah yang bertanggungjawab menjaga nenek siang & malam, mandikan, cuci apa yang perlu, tukarkan lampin, bagi nenek susu setiap 4 jam tanpa kenal erti jemu dan letih...
Setiap masa hanya untuk nenek dan ayah tak sempat pun berada di sisi nenek di saat akhir nenek menghembuskan nafas di PPUM...Namun Ayah redha kerana selama ini Ayah dah lakukan yang terbaik untuk nenek..Ibarat menjaga seorang bayi, semua keperluan dan penjagaan nenek sempurna seperti bayi...Sehingga ke saat akhir ayah menjaga nenek, berbakti kepada ibu...Bukankah syurga itu di telapak kaki seorang ibu dan kita wajib berbakti kepada ibu dan bapa kita kerana SYURGA itu janji Allah kepada orang yang berbakti kepada ibu dan bapa...
Tahun ini juga takde VOGUE DE VASS sangat memandangkan aku dah berbadan dua..Kasut pun beli 'FLAT" je...Dahtu nasib baik baju raya aku muat kat badan ni, kalau tak maunya pakai baju kurung moden melekat cam sarung nangka..ha..ha..ha..
Apapun, sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin buat semua yang mengenali diri ini...

Comments

Anum said…
selamat hari raya maaf zahir n batin
Unknown said…
dah lama tak ke sini..tau2 dah berbadan dua yer.. tahniah..
selamat hari raya dan salam takziah dari kami sekeluarga..
aizamia3 said…
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat mama slumber dan keluarga.. ;)

Al-Fatihah buat arwah nenek.
SHILAZIZI said…
Selamat Hari Raya kak Maria!! Maaf Zahir Batin... :D
Zie Madini said…
Selamat raya maria :)

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah