Persiapan Sekolah Kakak

Alhamdulillah...Kakak bakal bersekolah di Sekolah Kg. Batu, Jalan Ipoh, KL. Segala persiapan semuanya dah selesai. cuma adalah juga barang yg sikit2 nak dibeli. Khamis lepas Hari Orientasi sekolah. Aku tengok cam takde perasaan je pegi sekolah. Mungkin sebab dah biasa tp tak tahula camne nanti hari pertama. Harapnye semua berjalan lancar. 2hb Januari ni mama & ayah dah awal2 ambik cuti untuk hantar kakak ke sekolah. Almaklumla kali pertama hantar anak masuk sekolah betul. 23 tahun yang lalu aku bersekolah darjah satu di tempat yang sama. Kini giliran aku pula hantar anak ke sekolah. Sementara ni kakak akan diletakkan di kelas 1 Berlian di mana kelas untuk darjah satu cuma ada 3 kelas sahaja. Seronokkan kelas tak banyak. So, cikgu pun tak lah pening kepala nak layan karenah murid yang ramai. Untuk 3 minggu pertama ni, murid2 semua akan diuji dengan kemampuan masing2 untuk menentukan kelas mereka mengikut ke"pandaian" masing2. Apa2 pun semoga hari persekolahan kakak yang bakal dilalui akan menggembirakan kakak. Yang pasti semoga kakak menjadi murid yang rajin dan menyenangkan hati semua. Kakak belajar pandai2 ye. Semoga kakak terus cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan kakak.

Comments

emarieys said…
selamat bersekolah utk kakak yer..samalah ema pun ambil cuti 2hb ni...hehehe

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah