Proses Pembelajaran dan Tumbesaran Anak-Anak

Assalamualaikum...Lama sungguh tak bercerita alkisah anak2 yang semakin membesar...Anak-anak daraku yang dua orang...Si kakak, MARSYA ILMI kini berusia 7 tahun dan si adik MARISSA ILMI akan berusia 4 tahun pada bulan Disember ini...Oh cepat sungguh mereka membesar...Rasa seakan baru sahaja melahirkan mereka...Apa2 pun Mama bangga menjadi insan yang telah melahirkan kakak dan adik...Bercerita alksiah PROSES PEMBELAJARAN DAN TUMBESARAN anak2 ni...Ok aku mulakan dengan kakak- 

MARSYA ILMI
Menjadi seorang kakak ketika berusia 3 tahun 10 bulan..Jarak yang agak jauh...Apa yang aku perhatikan, dia sangat penyabar setelah menjadi kakak walaupun hakikatnya kadangkala memberontak dengan perangai si adik..Menjadi seorang kakak juga menjadikan dia seorang yang berdikari dan mengalah dengan adik walau apa jua keadaan..Hinggakan kadangkala pernah sampai tahap dia mengatakan 'kakak taknak kalah"...Jadi sebagai seorang Mama, aku pujuk kakak dengan kata-kata "mengalah tak bererti kita kalah, takpe biar kita mengalah demi menggembirakan hati orang lain"...Wah ayat aku...cam la anak aku dah besar sangat..Terkebil-kebil kakak dengar "statement" aku...Apa2 pun banyak perkara yang kakak pelajari setelah menjadi seorang kakak kerana dia juga merupakan contoh kepada adik..Setiap perkara yang dia lakukan akan menjadi ikutan adik, jadi aku memang mengharapkan kakak memberi contoh yang terbaik buat adik...Berkongsi dan bermain bersama adalah hakikat setelah menjadi seorang kakak yang aku lihat ada pada diri Marsya Ilmi...Setiap perkara yang dilakukan sama ada makan atau membeli barang di kedai, adik takkan dilupakan..Harapan Mama, Moga kakak menjadi kakak terbaik yang menjadi contoh kepada adik...
MARISSA ILMI
Seorang adik yang garang tapi hatinya lembut...Manja sangat sebab tahu dirinya yang paling kecil dan yang pasti kuat makan...Aku bangga kerana dapat menyusukan adik secara eksklusif selama 2 tahun 8 bulan...Banyak belajar perkara baru dengan kakak (mungkin sebab perbezaan usia yang jauh...Cepat belajar setiap perkara...Alhamdulillah telah mampu berdikari sendiri untuk buat apa2...Setiap apa yang dia mahu dan dia katakan, tidak akan ada pilihan lain...Kalau hitam maka hitamlah dan begitulah juga sebaliknya...Kini dia yang paling gembira bila dapat tahu nak dapat adik lagi...Setiap malam cakap dengan baby siap tepuk2 perut mama tapi taknak dipanggil kakak masih nak dipanggil adik..Pening kepala mama dan ayah...

Apa2 pun Mama bangga punya anak2 seperti kakak dan adik...Masing2 punyai karakter tersendiri dan sebenarnya itulah yang menceriakan lagi kehidupan Mama dan Ayah walaupun kadangkala dah tak terkawal dibuatnya...Kalau takde salah sorang sunyi saja rasanye terutamanya adik yang memang sangat "happening"...Masing2 kini sedang meniti usia...Moga sinar kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kalian..

Comments

syawalsimpsons said…
lama tak dengar citer ni...adik N kakak dah besar memasing...anok dara tuu
MARIA LIZA said…
Hanum: Thanks
Su: Iye anak2 sudah membesar...Bakal dapat adik lagi tahun depan..he..he..he..

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah