Aku Bukan Untukmu...
Mungkin setiap dari kita ditakdirkan bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin juga dengan orang lain...Tak semua menerima jodoh yang satu, yang kekal di mana bercinta, bertunang dan berkahwin dengan insan yang sama..Kalau ada pun hanya beberapa kerat sahaja...Dan aku juga mempunyai sahabat yang bercinta, bertunang dan akhirnya berkahwin dengan insan yang sama...Percintaan dari tingkatan satu akhirnya kini bersatu dan mempunyai seorang cahaya mata..Untunglah mereka ini..Sudah tertulis itulah jodoh mereka...
Pertemuan dan jodoh setiap insan adalah berbeza kerana setiap perjalanan yang dilalui juga adalah berbeza sama sekali...Yang pasti kita harus bersyukur kerana kita semua masih punyai seseorang untuk meluahkan rasa dan untuk berkongsi kehidupan...Harus tabah dan redha andai kita ditakdirkan bukan untuk dirinya...Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya...
Tuhanku, aku terima semua ini sebagai takdirku atas kehendakmu...Segala yang terjadi pasti ada 1001 hikmah disebaliknya kerana hanya KAU sahaja yang Maha Mengetahui setiap sesuatu...
Comments
Ianya benar dan tepat, segala2nya telah ditentukan.
jom dtg jengah sy di sini >>> http://www.1001impianhidup.com/2012/08/new-promo-be-came-out-with-new-look.html