Adik, bila nak berenti menyusu ni...

Bukan mengeluh atau berduka tapi memandangkan anakanda Marissa dah masuk 2 tahun 1 bulan maka dengan itu aku nak stop "BREASTFEED" dia...Aduhhh dugaan juga dibuatnya...Kekadang tu rasa kesian juga sebab selama 2 tahun tak pernah minum susu lain tetiba nak bagi susu formula, cam sayu je hati aku nak bagi...
Hari tu saja le usha2 susu kat Giant...Wah harga susu sekarang bukan main mahal betul!!! So, bila dah biasa jimat dengan susu badan ni, nak beli susu formula tu cam boleh dikategorikan agak 'PARAH" juga...Memang tak dinafikan pelbagai susu formula yang hebat2 sekarang tapi tak boleh lawan kehebatan susu ibu...Nipun aku still buat stok susu untuk di rumah walaupun dia dah kurang menyusu...
Macam2 cara juga aku try tapi nampaknya dia lagi bijak...Kalau dah terpaksa maybe kena le "extended breastfeed" sampai dia sendiri dengan rela hati nak berhenti...Sebabnya most of the lactation counselor said that "let them stop naturally"...Don't push them to stop...So, biarlah dia menikmati sepuasnya...Well, ada masa kita citer lagi pasal "extended breastfeeding"...


Comments

emarieys said…
anak ema dua tahun 5 bulan skrg ni..masih susu badan..tp campur juga dgn susu tepung dutch lady 123 perisa madu....
Amizah Rahim said…
Syamil menyusu sehingga 2 tahun 10 bln, & tendem nursing ngan adik dia lebih kurang 8 bln...
pastu dah x larat + berat adik x memberangsangkan. Miza stopkan penyusuan syamil...
Ingat nak tunggu dia stop sendiri...

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah