JANUARI 2014

Bulan Januari bulan yang sangat dinantikan...Jom baca coretan bulan Januari aku walaupun dah berlalu...
Januari awal tahun ini, tentunya alkisah masuk sekolah anak...Tiada lagi sambutan ambang tahun baru seperti zaman muda remaja...Kalau sambut pun mesti bersama anak2...
Tahun ini, kakak Marsya dah masuk darjah dua...Jadi fokus kurang sikit kat dia...Marissa pertama kali menjejakkan kaki ke alam persekolahan walau hanya sekolah tadika...Aku n Mr. Hubby ambil keputusan untuk sekolahkan Marissa di sekolah lama kakak Tadika Auza...Fuuhh bertambah lagi kos persekolahan anak2...Daftar sahaja dah dkt rm1000...Berpeluh ketiak dibuatnya...he..he..he...
Alhamdulillah Marissa agak serasi di sini...Risau juga sebab dia ni kuat makan...Nanti asyik nak buka peti ais atau mintak makan jer...Itu alkisah sekolah anak2 di awal tahun...Belum lagi masuk cerita yang aku sedang menghitung hari untuk melahirkan anak ketiga kami...Pendek cerita awal tahun ni sahaja duit memang standby untuk anak2 sahaja...
Bercerita tentang kelahiran anak ketiga kami, kami memang tak tahu sama ada lelaki atau perempuan walaupun ikut kehendak, kami inginkan cahayamata lelaki...Tarikh jangkaannya adalah pada 29 Januari 2014 tapi aku ambil cuti awal seminggu iaitu pada 20 Januari 2014 aku dah mula bercuti...Biasa la bila sedang menunggu masa ni, lepak je ler kat rumah...Makan..tidur...tengok TV...Apa lagi nak buatkan...
Teringat kembali hari Jumaat, 24 Januari 2014...Seharian mengemas rumah, mengemop lantai, cuci semua baju, cuci bilik air...Kebiasaanya begitulah aku setiap kali sampai waktu, aku akan settle n clearkan semua...Tapi kali ini lain mcm...Aku rasa "contraction" yang mulanya aku anggap "braxton hicks"...tak sakit tp terasa menegang perut mulai dari pagi...Tak kerap tapi terasa la...Satu hari tu Mr Hubby call setiap jam untuk pastikan keadaan aku...Petang boleh lagi aku pergi ambil Marissa pulang dari sekolah...Then, pukul 6 lebih tu baru terasa penat...Sudahnya "contraction" dah terasa kekerapannya setiap 1 jam tp tak sakit..ke sebab daya tahan aku yg kuat??? kesudahannya bila dah tanya pendapat bonda, bonda mertua dan yang lain2, semua suruh ke hospital sbb setiap kelahiran adalah berbeza...Tunggu Mr.Hubby pulang dan terus hantar aku ke HKL lebih kurang jam 9 lebih...
Bila sampai di HKL dan sessi temuduga bertanya itu ini, rupenya jalan dah buka 4cm...Ha ambik ko...Tup..tup...terus ler kena tahan mlm tu juge...Maduk wad lebih kurang kul 12 tapi masa ni aku dah rase "contraction" setiap 5 minit...Dah anak ketiga ni dah pandai ler kire masa "contraction"...Aku bgtau nurse "contraction" dah setiap 4 minit...Nurse tu boleh pikir lambat lagi...Aisshh nurse ni aku tahu ler aku yg nak beranak...Bila check jln still 4cm tapi terus tolak masuk bilik bersalin sbb aku rasa nak beranak...
maduk jer dlm bilik bersalin, dah ada sorang bidan menanti...nurse kata lambat lagi tapi  aku tahu memang dah nak keluar...sempat lagi call Mr hubby suh masuk bilik...Nurse check dan terkejut sebab dari 4cm dah terus buka 10cm...Dan yg pastinya baby dah tak sabar nak keluar....So, tepat jam 2.10 pagi, tanggal 25 Januari 2014 dengan berat 2.88kg...Lahirlah puteri ketiga kami yang diberi nama Marleiya Ilmi Zairul....Fuhhh penat pikir nama...akhirnye...Itulah alkisah bulan Januari 2014...Lepas ni kita bercerita kisah Februari 2014 pula ye...


Comments

Anum said…
singgah khamis

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah