KASIHNYA MAMA

Pagi ni sampai ofis aku terus buka email...Sedih baca satu email bertajuk "KASIH IBU TIDAK BERBALAS"...Tiba-tiba emosi tak terkawal lantas menitiskan airmata...Bila dah jadi ibu ni baru ler tau macammna rasenya bile ank2 melawan n tak dengar kata (betul kata ibu aku)...Tak tahu ler apa salah n punca anak2 sekrg jadi camtu..Takut n risau sangat terlalu banyak kes ank2 menderhaka kepada ibu bapa...Siapa nak kita salahkan bila anak2 derhaka??? Rasanya dah sempurna dan cukup kasih sayang, perhatian yang dicurahkan tetapi mengapa ada anak2 sebegini..Mungkin Allah nak menguji kesabaran hambanya...

MAY HAPINESS ALWAYS WITH US...
Setiap hari aku bermohon dan berdoa kepada Allah agar anak2 aku tidak menjadi anak derhaka kerana tempat yang menanti bagi anak2 derhaka ini adalah "NERAKA"..Nauzubillah...Aku berharap dengan titisan air susu yang aku beri kepada anak2 aku akan menjadikan mereka anak2 yang solehah dan mendengar kata...Walaupun Marsya tidak mendapat susu ibu selama mana Marissa tapi harapan aku tetap sama pada Marsya...Kepada anak2ku Marsya Ilmi dan Marissa Ilmi harapan Mama, moga dengan air susu Mama yang mengalir dalam tubuh kalian, akan menjadikan kalian seorang yang patuh dan taat kepada ibubapa serta agama...Pada Marsya Ilmi, maafkan Mama kerana tidak dapat menyempurnakan hak kakak selama 2 tahun tapi tak pernah sedetik di hati Mama menyesali melahirkan dirimu...Malah melahirkanmu adalah satu kesempurnaan pada diri Mama dan Mama amat berbangga melahirkanmu...Kerana dengan hisapan pertama kakak maka adik dapat menikmatinya hingga kini...Mama mohon maaf kerana kurangnya ilmu mengenai hebatnya "SUSU IBU" maka kakak tidak mendapat hak kakak yang sepatutnya...Alangkah bahagianya seorang ibu itu apabila dapat menyempurnakan hak seorang anak selama 2 tahun...Sekiranya Mama ketahui dari awal pasti akan Mama sempurnakan hak kakak...Marissa Ilmi, alhamdulillah hampir setahun dapat menikmati air susu mama tanpa susu tambahan...Walaupun pelbagai dugaan dihadapi, Insya-Allah akan Mama sempurnakan hakmu...Adik juga harus berterima kasih kepada kakak kerana adanya kakak "EVERYTHING COME NATURALLY"... Mama bangga dapat melahirkan kalian kerana kalian lahir dari rahim yang sama dan benih yang sama (tapi berbeza perangai)...Semoga kalian menjadi anak2 yang solehah serta berjaya di dunia dan akhirat...Andai kakak n adik dapat membaca apa yang Mama luahkan ketika ini, ingin Mama katakan melahirkan kalian adalah kebahagian dan kesempurnaan buat diri Mama n Ayah...Walaupun kadangkala, kemarahan itu wujud tapi hanya sekadar di mulut kerana Marsya Ilmi dan Marissa Ilmi adalah racun dan penawar buat Mama & Ayah...

Marsya Ilmi (kakak) & Marissa Ilmi (Adik)


Comments

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Nak Regsiter Kakak kat Pra-Sekolah