Cuti yang dirancang disaat akhir sebab lama rasanye tak ke Terengganu...Kali terakhir 3 tahun yang lalu waktu tu adik baru berusia beberapa bulan...Kali ini percutian bersama bonda mertua, kakak ipar dan abang ipar..Walaupun pada mulanya kakak iparku tak merancang untuk turut serta tapi bila bonda mertua menyuarakan hasrat hati untuk ke Pulau Kapas, terus berubah fikirannya. Hari yang dinantikan tanggal 9hb Februari 2012 jam 4.30 pagi, kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur dengan berkonvoi 3 biji kereta..Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar dan tiada sebarang kesesakan berlaku sehingglah kami berhenti di Hentian Maran...Kami (kereta aku dan kakak ipar) telah meninggalkan kereta abang iparku di belakang kerana kami menyangkakan kereta dia telah meninggalkan kami di hadapan..So, apalagi kami terus pecut...Dalam pada itu, kereta aku "dihuni" oleh Hubby (pemandu), aku sendiri, bonda mertua, adik ipar dan kedua-dua puteriku..Bonda mertua dah mula bersuara dan bising keran...