Perjalanan Penyusuan Aku & Anak Susuan...

As-salam buat semua rakan blogger...Dengan berbakikan sebulan lebih lagi maka akan lengkaplah penyusuan eksklusif Marissa Ilmi Binti Zairul selama 2 tahun...Dan alhamdulillah bekalan susu masih cukup dan yang pastinya aku bangga dengan diri aku sendiri...Tanpa usaha dan semangat yang kuat tak mungkin dapat aku tempuhi perjalanan ini...Aku dah rasa bangun mengepam di tengah malam untuk membuat stok, tatkala berjauhan ketika menghadiri Kursus Induksi selama 5 hari, mengepam ketika waktu rehat sewaktu menghadiri kelas, mesyuarat, seminar & kursus....Semua dah rasa...Syukur sangat kerana Allah telah mempermudahkan segalanya...Tipulah kalau aku kata tak rasa penat dan malas...Memang terkadang tu wujud perasaan malas, rasa letih dan sebagainya tapi mengenangkan apa akan jadi kalau susu aku takde...Adik nak minum susu apa??? Secara automatiknya perasaan kasihkan anak melebihi segalanya demi susu untuk Adik, perasaan malas tu aku buang jauh2...Dan Adik pun dah ada rakan kongsi iaitu Alisya Nuralis yang kini berusia 2 bulan lebih...Anak buah "cum" anak susuan aku...Walaupun baru beberapa kali aku susukan dia tapi "bonding" antara kami telah wujud...Itulah indahnya penyusuan susu ibu ini...Bonding dan kasih sayang akan wujud sewaktu kita menyusukan bayi... Jom tengok gambar Alisya Nuralis kat bawah ni...








Yang ini gambar Kakak & Adik



Walaupun berlainan ibu tetapi mereka bertiga berkongsi susu yang sama...Walaupun kakak hanya menyusu sehingga 8 bulan secara tidak eksklusif tetapi tetap sama di hati mama...Sayang semua selalu...

Comments

working mom... said…
Alis tido mcm marsy angan marissa kan..kerut2 dahi.. :)

p/s: awak jrg komen kat blog angah kan..?
emarieys said…
anak ema dua thn lebih pun masih susu badan...tp dah tak banyaklah
Zie Madini said…
comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Cute MuM said…
maria jadi ibu susuan.. bestnya,,
Zie Madini said…
wahhh maria...ada anak susuan ea. terus teringat zie kat emak susuan zie. .lama tak jumpa dia :(
eB said…
bahagia kan? eB pn msh ususkan aed... nk samakan ngan aerish etpat 2 thn :)
lagipun eB aktif susukan aeeky dh 3 bln.. alhamdulillah :)

Popular posts from this blog

" Seminggu 100 Follower Kembali "

Segmen: "Bang, Jom g jalan-jalan"