Posts

November...

Bulan November hampir melabuhkan tirainye...Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang November ini...Antaranya Hari Konvokesyen Tadika Auza (tempat kakak bersekolah) dan juga persiapan kakak melangkah ke alam persekolahan sebenar... Hari Konvokesyen kakak telah berlangsung dengan jayanya pada 15hb November yang lalu...Alhamdulillah keputusan peperiksaan yang diterima amat memuaskan..Yang penting peningkatan perlu ada...Lagi satu tak perlu nak stress sangat budak2 dengan marah2 mereka sekiranya keputusan tidak memuaskan kerana itu hanya akan menambahkan rasa rendah diri dalam diri mereka...Yang pasti mama bangga dengan kakak kerana kakak telah menunjukkan tahap kecemerlangan yang bagus... Persiapan sekolah kakak sudah hampir 80%...Yang tinggal hanya buku sekolah dan tudung sekolah...Baju kakak 3 helai, beg sekolah, kasut sekolah 2 pasang...Kakak pun nampaknya tak sabar nak bersekolah, berjumpa dengan sahabat2 baru... Memandangkan sekarang cuti sekolah, kakak sibuk nak tinggal dengan Pah d...

Setelah 5 Bulan berlalu...

Setelah 5 bulan Adik berhenti menyusu badan, berlaku pertambahan berat badan yg tak sepatutnya...Oh tidak dapat dicegah lagi...Yang membuatkan ia berganda lagi sebab sekrg stress sangat di tempat kerja baru...Sesetengah orang kalau stress tak lalu makan tapi aku tidak lagi bertambah kuat makan adalah...Tapi aku dah tak kisah sbb sekrang ni adalah bentuk badan aku sebelum mengandung Marissa...Setelah 2 tahun setengah berat aku tak berapa nak naik, now everything back to normal but if aku nak kurus balik kenalah pregnant balik so that, I will be an exclusive BF mother...Oh MY ENGLISH!!!...

Bakal Bersekolah

Image
Lagi beberapa bulan Kakak akan melangkah ke alam realiti persekolahan sebenar...Sekolah yang akan mengajar kakak banyak perkara...Moga kakak akan menjadi insan berguna...Kakak akan bersekolah di sekolah yang sama aku belajar sewaktu berusia 7 tahun...SEK. KEB KG. BATU.. Sejarah berulang kembali...Tahun 1989, pertama kali aku menjejakkan kaki di sekolah ini, ibunda tercinta yang menghantar aku...Dan kini sudah tiba pula giliran aku...Semacam tidak percaya...Inilah realiti kehidupan...Ibarat roda yang sedang berputar... Apapun aku bangga diberi peluang menjadi seorang ibu kepada dua orang puteri...

My Girl...MARSYA ILMI ZAIRUL at Majlis Kunjungan Nostalgia YAB Tun Dr. Siti Hasmah

Image
Assalam sahabat Blogger..Lama rasanya tidak menjengah ke sini...Busy, busy, busy dan busy sampai takde masa nak menaip lagi... Actually, banyak bende gak nak share tapi sampai dah tak tau nak share apa...But apa kata layan je pictures ni semua

Duhai Hati...

Image
Kali terakhir aku menulis adalah pada 31hb Julai..Dan sesudah hampir 2 bulan, aku kembali semula..Pelbagai cerita ingin aku kongsikan satu persatu tapi rasanya tak mampu aku coretkan satu persatu...Sahabat Blogger sekalian, hampir 2 bulan pelbagai dugaan, tohmahan, cacian, difitnah, ditikam belakang dan pelbagai karenah manusia yg aku lalui dalam menjalani rutin harian sebagai seorang "PENJAWAT AWAM" ditempat baru. Ya Allah, hebatnya dugaan yang telah Engkau berikan ini...Namun aku akui setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...Aku cuba mencari penyelesaiannya, sentiasa berfikiran positif walaupun dalam hati ini bagai ditikam2 dan dirodok2...Sakitnya hati menghadapi semua ini... Moga mereka2 ini dilaknat oleh mu..Duhai hati, tabah dan sabar menghadapi rencah kehidupan dan manusia sebegini..Sentiasa fikir diri anda adalah yang terbaik... Gambor raya pertama...

Aku Bukan Untukmu...

Image
Mungkin setiap dari kita ditakdirkan bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan berkahwin juga dengan orang lain...Tak semua menerima jodoh yang satu, yang kekal di mana bercinta, bertunang dan berkahwin dengan insan yang sama..Kalau ada pun hanya beberapa kerat sahaja...Dan aku juga mempunyai sahabat yang bercinta, bertunang dan akhirnya berkahwin dengan insan yang sama...Percintaan dari tingkatan satu akhirnya kini bersatu dan mempunyai seorang cahaya mata..Untunglah mereka ini..Sudah tertulis itulah jodoh mereka... Pertemuan dan jodoh setiap insan adalah berbeza kerana setiap perjalanan yang dilalui juga adalah berbeza sama sekali...Yang pasti kita harus bersyukur kerana kita semua masih punyai seseorang untuk meluahkan rasa dan untuk berkongsi kehidupan...Harus tabah dan redha andai kita ditakdirkan bukan untuk dirinya...Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... Tuhanku, aku terima semua ini sebagai takdirku atas kehendakmu...Segala yang terjadi pasti ada 1001...

Bila Kakak Puasa

Image
Lega rasa hati sebab sekali lagi untuk tahun ketiga kakak berpuasa..Kalau kali pertama pada usia 4 tahun hanya puasa 5 hari, Tahun lepas puasa tinggal 10 hari dan tahun ni setakat hari ini baru dua hari tinggal...Itupun sebab terlalu penat (pdhal hari cuti)... Hopefully tahun ni walaupun dia puasa tak penuh tapi sekurang-kurangnya ada peningkatan dari tahun-tahun sebelumnye...Cikgu2 kat sekolah pun pelik kenapa dia aktif sangat kat sekolah sbb bagitau Cikgu dia puasa...Dah memang hakikatnya, dia seorang yang aktif tapi tunggu la bila hari dah petang, mula la karenah-karenah dan alasan yang timbul supaya dia boleh berbuka...Dengan mama, SORRY..NO EXCUSE!!!..Puasa tetap kena puasa..Cuma ayah lembut hati lagi la..Tak sampai hati katanya... Mujurlah anak tu baru 6 tahun..ye ler aku pun masa umur 6 tahun tak penuh tapi dapat gak 25 hari tau..he..he..he..Semoga kakak terus tabah dan terus belajar untuk menjadi anak yang solehah...