Assalamualaikum buat semua sahabat Blogger...Alhamdulillah masih bersua di ruangan ini dan masih mampu lagi untuk bercerita dan berkongsi cerita dengan semua...Lama rasanya tidak bersua... Minggu lepas banyak cerita yang mahu dikongsi...Aku mulakan dengan alkisah hari Jumaat lepas...Untuk memenuhi cuti sekolah yang masih berbaki 2 minggu so, aku hantar kakak ke kelas masakan yang dianjurkan oleh Little Khalifah bertempat di Ukay Boulevard...Bayaran yang dikenakan untuk sekali sessi adalah RM40.OO untuk tiga jam...Apa yang dimasak ialah "Garlic Bread with Mushroom Soup"...Semuanya buat sendiri, dari menumbuk bawang hinggalah buat mushroom soup, bukan pakai dalam tin tu tau...Sedap jugalah bila dah buat...Balik tu sibuk suruh ayah, mama n adik makan apa yang dia masak...So, lepas ni dia kata nak masak lain pulak, kena tunggulah next month masak apa pulak ye...Itu yang berlaku pada hari Jumaat... Sabtu lepas, beberapa kali Ibu hantar mesej dan call untuk melawat ibu saudara aku ...