Dah pun 2020 korang
Wah seriuslah dah masuk 2020 kot... Iyer sampai sekarang bila aku pikir2 balik cam tak percaya dah masuk 2020. Tahun ni dah masuk 38 tahun weii!!! Lagi ler aku tak percaya. Alhamdulillah..Syukur dengan nikmat Allah kerana masih diberi nafas dan peluang untuk hidup di muka bumi ini. Diberi peluang untuk terus beribadat kumpul pahala bekalan akhirat. Allahu ingatan untuk diri sendiri dan korang juga. Sebab mati itu pasti tapi bagaimana cara kita mati dan apakah kesudahan kehidupan kita masih belum diketahui. Jom kita "throwback" sikit masa zaman kanak2. Iyer ler WAWASAN 2020 diumumkan kalau tak silap aku masa awal 90-an. Masa tu umur aku dalam 9-10 tahun lah. Semangat nak terus hidup sampai tahun 2020 berkobar-kobar weiii sampaikan terpikir juga, EH SEMPAT ke aku??? Masa tu duk pikir dan siap buat kira2 lagi umur berapa, agak2 dah kahwin ke belum, kalau dah kahwin berapa orang anak...ha..ha..ha... Giler serius masa ni dah pikir masa depan. Tapi "the best part&